Tuesday, July 31, 2012

Solat Sunat Terawih

Sedar tak sedar sudah masuk minggu yang ke 2 kita berpuasa. Begitu pantas masa berlalu samapai kita pun kadang kala tidak sedar masa itu pergi. Siapa yang terlambat sudah pasti akan rugi.

Di bulan Ramadhan yang  penuh keberkatan ini, kita di galakkan untuk memperbanyakkan amalan kita. Jadi sudah banyak ke amalan yang kita lakukan sepanjang seminggu yang lalu? Dah berapa hari solat terawih yang kita buat? Kalau yang belum ada tu cuba-cubalah buat.. kalau tak dapat 20 rakaat 8 pun boleh juga. Kalau tak dapat ke masjid atau surau, di rumah pun boleh. Tiada alasan untuk tidak sebenarnya. Mahu atau tidak.. Tepuk dada tanya iman kita..hehe..

Banyak fadhilatnya solat sunat terawih ni. Sesiapa yang gagal tunaikan, sudah pasti kerugian besar. Sebab setahun hanya sebulan sahaja peluang yang di berikan. Kalau di panjangkan usia dapatlah bertemu lagi tahun hadapan. Berikut adalah antara fadhilat sunat terawih.solat hajat2

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tetapi janganlah pula apabila dah tahu kelebihannya kita hanya pilih malam tertentu sahaja sebab mahukan fadhilatnya. Bukankah lebih elok kalau kita rebut semua malam yang ada. Semoga segala amalan kita akan di terima oleh Allah.

 

solat terawih



Monday, July 16, 2012

Bulan Keberkatan

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan yang penuh keberkatan, bulan yang mulia dan bulan yang dinanti-nanti umat Islam bakal tiba. Bulan yang ke 9 di dalam kalender Islam iaitu bulan Ramadhan. Sudah bersediakah kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, atau kita hanya buat tak tau sahaja.

Tuesday, May 22, 2012

APA DAH JADI 2

BERITA 1
Maut pertahan maruah adik2012-05-22 12.05.18
http://www.hmetro.com.my/articles/Mautdipangkuanibu/Article

KLUANG: Seorang pemuda meninggal dunia setelah lehernya di kelar oleh rakannya yang disyaki cuba memperkosa adiknya. Difahamkan, dalam kejadian jam 8.3o malam itu, mangsa Nurul Aiman Mohamed Ishak 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang di syaki cuba di perkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya di kelar dengan objek tajam.

Friday, May 18, 2012

Kisah dan Teladan–Tikus, Kucing, Anjing

cartoon-cat-dog-mouse-1Tiga ekor haiwan yang bermusuh antara satu sama lain tinggal di dalam sebuah rumah. Masing-masing sentiasa berhati-hati, supaya sentiasa selamat.

Tikus akan keluar dari tempat tinggalnya hanya jika tidak ada suara kucing di luar. Kucing akan keluar jika tidak ada suara anjing di luar.

Thursday, May 10, 2012

OH IBU…..

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.” 

Tuesday, May 8, 2012

Kesihatan – Keperluan Air

Cuaca yang tidak menentu kadang-kadang boleh menyebabkan kita mudah mendapat sakit seperti demam, batuk dan selsema. Kalau pergi doktor sudah pasti doktor akan sarankan kita banyakkan minum air. Tapi berapa banyak sepatutnya air yang perlu kita minum?

Monday, May 7, 2012

APA DAH JADI

Saban hari ada sahaja berita keganasan menjadi topik di dada-dada akhbar sekarang ini. Apa yang lebih mengemparkan kejadian itu terjadi di dalam negara kita dan yang peling menyedihkan ada di antara kes tersebut adalah di kalangan bangsa Melayu. Apa dah jadi?
Apabila kita sebut bangsa Melayu secara langsung orang akan memandang agama Islam. Sudah masyarakat terutama yang bukan beragama Islam akan memberi gambaran yang negatif terhadap agama Islam. Esktremis, keganasan sudah pasti akan terpalit di atas nama Islam, sedangkan tidak ada istilah keganasan pun yang terkandung di dalam agama Islam.

Thursday, April 26, 2012

Lama Sangat

Sudah terlalu lama rasanya saya tak kemaskini blog saya ni, hampir 2 bulan kalau tak silap saya. Sepanjang sebulan lebih ni sudah bermacam-macam peristiwa yang berlaku. Ada yang manis dan ada juga yang menyedihkan juga. Itu semua sudah lumrah kehidupan, ada kalanya kita bergembira dan ada masanya pula kita berduga. Setiap kejadian dan perkara yang berlaku di dunia ini Allah hadirkan dengan pasangan. Ada lelaki dan perempuan, ada jantan dan betina, ada suka duka dan ada baik dan juga buruk. Setiap yang berlaku tu ada kebaikan dan rahmat yang kita tidak tahu dan mungkin kadang kala kita sendiri tidak sedari.

Tuesday, February 28, 2012

‘UNCLE’ Nyaris Pesong Akidah

Batu Pahat – Masalah kewangan yang sering melanda di kalangan ibu tunggal di jadikan satu peluang pihak tertentu berusaha untuk memesongkan akidah mereka dengan menawarkan bantuan sehingga mencecah RM 1000 sebulan.

Kegiatan tersebut telah didedahkan oleh seorang ibu tunggal yang nyaris menjadi mangsa seorang lelaki yang hanya di kenali sebagai ‘UNCLE’. Lelaki tersebut terlalu beriya-iya mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa, namun di sabalik bantuan tersebut seperti ada agenda tersembuyi.

 

Friday, February 24, 2012

Kisah dan Teladan - Musang Yang Bodoh Sombong


Di dalam sebuah hutan, tinggallah seekor musang yang sangat sombong. Dia percaya dirinya lebih hebat, lebih pandai dari haiwan lain.
Kerana merasakan dirinya lebih hebat, musang tersebut enggan belajar, enggan mengambil tahu sebarang perkara-perkara baru.

cartoon-fox-character-sketch-coghill“Tidak ada haiwan yang lebih hebat dari aku.” Kata musang. “Aku tak perlukan senjata , tetapi manusia lari bila terjumpa aku. Kenapa? Kerana aku boleh mengeluarkan bau yang busuk. Aku juga boleh hidup di darat dan juga di atas pokok. Tempat tidur aku tinggi seperti singgahsana, nun di atas pokok. Bukan macam kamu semua, tidur tak tentu tempat. Aku boleh hidup di hutan, di kampung di pekan. Bukan macam kamu semua hanya terperuk di hutan ini. Aku pandai, bukan bodoh seperi kamu.” Musang berkata dengan sombong dan bongkaknya.


Thursday, February 23, 2012

Langkah Al-Quran Dapatkan Keluarga


Keratan akhbar
Keratan Akbar :hmetro

Kuching – Seorang saudara baru yang seharusnya di bimbing mengikut jalan yang benar tetapi berlaku sebaliknya. Tidak sanggup dengan amalan pelik yang di lakukan oleh keluarga mentua yang memaksa beliau melangkah al-quran, seorang saudara baru telah membuat satu aduan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan membuat laporan polis.


Wednesday, February 22, 2012

Perihal Makan

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup, yang mana satukah amalan anda. Saya rasa ada juga di antara kita yang amalan pemakanan harian mereka ibarat hidup untuk makan. Celik mata sahaja perkara pertama yang di carinya adalah makanan. Takut akan mati kebuluran kalau tak dapat makanan. Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah kita makan untuk hidup. 

piramid makanan


Friday, February 17, 2012

AGE (Acute Gastroenteritis)

AGE atau acute gastroenteritis juga dikenali sebagai flu perut, pepijat perut, flu perut, gastroenteritis dan virus dalam perut, walaupun tidak berkaitan dengan influenza. Mereka yang di jangkiti virus ini akan mengalami cirit-birit, muntah dan kekejangan perut. 

Sumber imej : Akhbar KOSMO
Majoriti kes-kes yang dilaporkan diseluruh dunia adalah di kalangan kanak-kanak dan ianya adalah di sebabkan oleh rotavirus, manakala di kalangan golongan dewasa kebiasaanya adalah Norovirus.Di antara penyebab-penyebab lain yang membawa kepada wabak ini adalah berpunca dari bakteria atau toksin dan juga parasit. Virus ini boleh tersebar melalui penyediaan makanan yang tidak baik, air yang telah tercemar atau perhubungan rapat dengan mereka yang dijangkiti.

Di Malaysia sebanyak lebih 3000 orang direkodkan telah dijangkiti dengan virus AGE ini dan kesemua kes yang dilaporkan setakat ini adalah di negeri Perak. Pada Jumaat yang lalu, dua bayi masing-masing 2 bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang di percayai akibat dijangkiti sejenis virus iaitu Rotavirus yang menyebabkan AGE. Mangsa yang di jangkiti AGE telah mengalami muntah-muntah, demam dan dehidrasi.

Tuesday, February 14, 2012

Kisah dan Teladan - Katak dan Lipan


Didalam sebuah sungai tinggallah seekor katak dengan aman dan damai. Mereka saling bantu-membantu dan saling ingat-mengingatkan. Mereka seringkali di ingatkan  supaya berhati-hati terhadap musuh-musuh mereka seperti ular, kala jengking, lipan dan haiwan-haiwan yang menyengat.

“Kita adalah haiwan yang lemah. Kita tidak mempunyai senjata untuk melawan musuh seperti haiwan lain. Dan, nasib kita agak malang kerana kita ini makanan istimewa untuk ular. Ingatlah kawan-kawan, ular sentiasa datang dan pergidi sungai ini. Mereka menunggu kita lepa dan lalai. Bila kita lalai, mereka akan memakan kita. Jangan sekali-kali lalai dan leka. Lalai bermakna mati.”

Oleh kerana sudah kerap kali mendengar pesanan itu, mereka hanya selamba sahaja dan bersikap acuh tak acuh dengan pesanan itu. Sememangnya mereka sudah tahu sejak dari dahulu lagi ular merupakan musuh utama mereka. Mereka juga sudah biasa dan lali. Bukan itu saja, mereka juga sudah biasa melhat bagaimana rakan-rakan mereka mati di telan ular.

Katak-katak disitu lebih berbangga kerana mereka merupakan haiwan yang istimewa – boleh di darat dan juga didalam air. Mereka juga berbangga kerana mereka diperlukan oleh manusia – bila terdengar bunyi katak bersahut-sahutan, selalunya manusia akan berkata, “Oh… Nak hujan.”

Tanpa mereka sedari di daratan tidak jauh dari sungai itu, seekor lipan sedang mencari akal untuk menyeberang sungai. Sudah puas dia mencari-cari ranting boleh dijadikan lintasan untuk menyeberangi sungai itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu.



Monday, February 13, 2012

Isu Murtad

Kes murtad bukanlah satu perkara yang asing atau baru di Negara kita. Malah ada diantara mereka yang murtad telah kembali ke pangkal jalan dan tidak kurang juga ada di antaranya yang masih lagi hanyut.
Murtad dari segi bahasa membawa maksud kembali atau berbalik. Namun didalam Islam murtad membawa erti mereka yang telah keluar dari agama Islam dan menjadi kafir. Keluar dari agama Islam atau murtad ini hanya cukup dengan tidak mengakui salah satu hukum-hukum Islam yang sedia ada. Maka akan terhapuslah segala amalan yang dikerjakannya sebelum dia murtad. Ini adalah seperti yang di nyatakan oleh Allah S.W.T melalui fitmanNya surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari segi agamanya lalu dia mati sedang dia dalam kafir maka telah habislah amalannya di dunia dan di akhirat. Dan orang seperti itulah yang akan mengisi neraka dan kekal di dalamnya.”

Kes-kes murtad semakin lama semakin ramai dan ada diantara meraka yang secara terang memohon dari Majlis Agama Islam untuk keluar dari agama Islam.  Menurut laporan yang diperolehi dari MalaysiaKini, mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mengikut kiraan sebanyak 686 permohonan murtad telah direkodkan dan sebanyak 135 orang telah diluluskan permohonannya. Angka ini adalah berdasarkan rekod yang memohon untuk keluar dari agama Islam, tetapi berkemungkinan besar ada juga diantara mereka yang tidak memohon di Majlis Agama Islam untuk keluar dari agama Islam. Tidak mustahil juga kalau di katakan angkanya mungkin melebihi dari apa yang kita tahu.

Banyak kes murtad yang telah dilaporkan,d i antara kes yang paling hangat diperkatakan tidak lama dahulu adalah kes Lina Joy. Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani memohon untuk membuang perkataan Islam daripada kad pengenalan diri. Menurutnya, beliau tidak pernah memperaktikan Islam sejak dari lahir lagi dan beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 serta berhasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. 

Wednesday, February 8, 2012

Saya Balik Kampung

Cuti panjang yang lalu sememangnya peluang yang tidak boleh saya lepaskan untuk saya pulang ke kampung. Mana tidaknya, cuti tahun baru cina yang lalu saya tidak pulang kerana demam dan batuk. Mungkin sebab faktor cuaca sekarang yang tidak menentu barang kali.

Seperti biasa seawal 6.30 pagi saya telah bertolak dari rumah, kerana saya menaiki bas ekspress paling awal sekali, iaitu 8.00 pagi. Perjalanan dari Terminal Larkin Sentral ke Terminal Bas Segamat mengambil masa 2 jam setengah atau 3 jam, bergantung kepada keadaan lalulintas. Oleh kerana bangun awal pagi, maka sepanjang perjalanan merupakan peluang untuk saya melelapkan mata. Dari bandar Segamat biasanya saya perlu menaiki bas untuk sampai ke pekan Jementah. Tetapi kali ini nasib saya baik kerana kakak saya dan anak saudara saya datang menjemput di Terminal Bas Segamat, jadi tak perlulah saya menaiki bas.
Perjalanan dari terminal bas Segamat ke pekan Jementah mengambil masa setengah jam atau kadang kala 45 minit. Dari pekan saya mengambil motor dari rumah kakak saya untuk masuk ke kampong. Perjalanan mengambil masa lagi 15 minit untuk sampai ke kampong saya. Setelah selama hampir 5 jam perjalanan maka akhirnya sampailah saya ke kampung halaman saya…Kampung Bukit Keledang…..

Tidak ramai yang tahu kampung saya ni, sebab kampung saya boleh di katakan kawasan pedalaman juga sebenarnya. Tetapi kemudahan asas semuanya telah lengkap sekarang tidak la seperti zaman saya kanak-kanak dahulu. Kalau dahulu jalan masih lagi tanah merah, bekalan elektrik dan air pun tidak ada jauh sekali talian telefon. Kalau dahulu bekalan air kami perolehi dari tadahan air hujan atau pun dari mata air atau pun perigi. Untuk menonton televisyen biasanya kami akan menggunakan bateri kereta atau pun bagi yang berkemampuan ada la jenerator.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...