Thursday, April 26, 2012

Lama Sangat

Sudah terlalu lama rasanya saya tak kemaskini blog saya ni, hampir 2 bulan kalau tak silap saya. Sepanjang sebulan lebih ni sudah bermacam-macam peristiwa yang berlaku. Ada yang manis dan ada juga yang menyedihkan juga. Itu semua sudah lumrah kehidupan, ada kalanya kita bergembira dan ada masanya pula kita berduga. Setiap kejadian dan perkara yang berlaku di dunia ini Allah hadirkan dengan pasangan. Ada lelaki dan perempuan, ada jantan dan betina, ada suka duka dan ada baik dan juga buruk. Setiap yang berlaku tu ada kebaikan dan rahmat yang kita tidak tahu dan mungkin kadang kala kita sendiri tidak sedari.

Apa yang suka dan duka tu? Yang dukanya, ada pertengah bulan March yang lepas seramai 12 orang rakan sekerja kami telah di tamatkan perkhidmatannya. Ini berikutan penstrukturan semula syarikat yang mahu mengecilkan lagi saiz bahagian operasi. Tapi mereka tidak diberhentikan dengan tangan kosong, ada habuan untuk mereka mengikut tahun mereka berkhidmat. Semoga mereka akan di berikan rezeki yang lebih baik selepas ini di luar sana. Beberapa minggu lepas tu satu majlis perjumpaan telah di adakan di Hotel Grand Paragon. Majlis telah berjaya menghimpunkan semua bekas-bekas kakitangan yang terdahulu sehinggalah kakitangan sekarang ini. Sememangnya majlis tersebut meriah dengan kehadiran meraka semua.
Apa yang mengejutkan adalah seorang kakitangan jabatan saya telah menghilangkan diri dalam beberapa minggu yang lepas. Puas kami semua menghubungi beliau tapi tidak berjaya. Sampailah satu hari secara tiba-tiba dia muncul dan memulangkan kunci pintu pejabat serta “Access Card”. Barulah kami tahu yang dia telah dapat kerja baru di Singapura. Tindakannya memang diluar jangkaan kami semua sebab dia bukanlah orang yang suka cabut kerja.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat dan kebaikan yang Allah telah rancangkan untuk kita dan kita sendiri tidak tahu. Kepada mereka-mereka yang telah di tamatkan perkhidmatan itu selamat maju jaya dan kepada yang masih ada didalam syarikat terpaksalah menanggung kerja yang lebih sedikit dari biasa. Nak buat macam mana, mahu tak mahu kena juga buat. Semoga Allah memberi jalan dan rezeki yang terbaik untuk kita.
526252_331183970269257_100001329709656_836254_904256627_n

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...