Cuaca yang tidak menentu kadang-kadang boleh menyebabkan kita mudah mendapat sakit seperti demam, batuk dan selsema. Kalau pergi doktor sudah pasti doktor akan sarankan kita banyakkan minum air. Tapi berapa banyak sepatutnya air yang perlu kita minum?
Mungkin anda pernah dengar yang kita perlu minum 8 gelas 
Mengapa agaknya air begitu penting untuk badan? Sebenarnya air hampir meliputi 70% daripada komposisi dalaman badan kita. Air juga merupakan elemen yang penting dan banyak membantu di dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Oleh yang demikian kita di sarankan untuk minum air selepas makan. Bukan itu sahaja kalau merasa agak mengantok, kita di galakkan minum air suam kerana air menjadi agen yang membantu mengalirkan oksigen ke otak kita. Dengan oksigen yang cukup otak akan menjadi lebih cergas dan kurang mengantok. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta
organ dalaman.

Jusetru itu perbanyakkanlah minum air terutama air mineral atau air suam. Dan kurangkan minum minuman manis kerana kalau banyak minum air manis boleh mengundang penyakit yang lebih merbahaya. MInumlah air bagi menjamin kesihatan badan kita.
Sumber di perolehi dari:
1. http://www.jurnalnutrisi.net
No comments:
Post a Comment