Monday, May 7, 2012

APA DAH JADI

Saban hari ada sahaja berita keganasan menjadi topik di dada-dada akhbar sekarang ini. Apa yang lebih mengemparkan kejadian itu terjadi di dalam negara kita dan yang peling menyedihkan ada di antara kes tersebut adalah di kalangan bangsa Melayu. Apa dah jadi?
Apabila kita sebut bangsa Melayu secara langsung orang akan memandang agama Islam. Sudah masyarakat terutama yang bukan beragama Islam akan memberi gambaran yang negatif terhadap agama Islam. Esktremis, keganasan sudah pasti akan terpalit di atas nama Islam, sedangkan tidak ada istilah keganasan pun yang terkandung di dalam agama Islam.

Kes pergaduhan, pembunuhan telah mejadi berita rutin di dalam akhbar-akhbar sejak kebelakangan ini. Mungkinkah tekanan dan tuntutan kelangsungan hidup menjadikan kita hilang pertimbangan serta melakukan apa sahaja? Tepuk dada tanyalah pada diri sendiri. Seandainya hidup kita berpaksikan agama sudah pasti setiap perkara buruk yang terlintas di minda kita akan dapat kita tepis. Tidak ada satu pun agama di dalam dunia ini menghalalkan umatnya untuk melakukan keganasan dan kemusnahan apa lagi berbunuhan sesama sendiri.
Sebagai bangsa Melayu yang mendukung agama Islam kita tidak seharusnya mudah terjebak di dalam sebarang unsur yang menjurus kepada keganasan dan kemuusnahan.546731_281503358606644_100002409472758_610809_1844607144_n Bermula dari tragedi 11 September, sudah cukup banyak gambaran negetif telah di utarakan oleh negara-negara barat melalui hasil-hasil penulisan dan karya mereka. Janganlah pula tindakan kita di sini mengiyakan segala yang telah di gambarkan oleh mereka. Sehubungan itu apa yang melanda negara kita baru-baru ini merupakan satu peristiwa hitam yang tidak sepatutnya berlaku. Perhimpunan aman yang sememangnya dijangka akan bertukar ganas sudah pun menjadi kenyataan.
Apa yang menyedihkan adalah kebanyakan yang menyertai perhimpunan dan yang bertindak di luar kawalan adalah dikalangan bangsa Melayu. Kejadian di mana seorang wartawan yang ingin menyelamatkan seorang anggota Polis dan akhirnya dia teruk di belasah beramai-ramai oleh peserta perhimpunan tersebut menjadi video yang paling panas di media. Seharusnya perkara begini tidak perlu terjadi di negara kita ini. Tindakan mereka seolah-olah mahu merobek keamanan yang telah kita kecapi sekian lama ini. Apa dah jadi? Adakah ini yang ingin kita ajarkan kepada anak-anak kita? Sudah imagespasti tidak bukan.
Oleh yang demikian gunakanlah akal fikiran kita dengan sebaik mungkin sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Tunjangkanlah akal fikiran kita dengan agama agar segala apa yang kita lakukan tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya. Keganasan hanya akan membawa kemusnahan semata-mata.



Firman Allah s.w.t. didalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermasksud:
"Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...