Monday, July 16, 2012

Bulan Keberkatan

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan yang penuh keberkatan, bulan yang mulia dan bulan yang dinanti-nanti umat Islam bakal tiba. Bulan yang ke 9 di dalam kalender Islam iaitu bulan Ramadhan. Sudah bersediakah kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, atau kita hanya buat tak tau sahaja.

Sudah pasti ada di antara kita yang begitu bersemangat apabila tibanya bulan Ramadhan. Ada yang bersemangat di dalam berbelanja sakan untuk persiapan di bulan puasa nanti. Ya la, sudah terfikir di dalam kepala apa hidangan istimewa yang akan di hidangkan waktu berbuka nanti…Hehehe.. Puasa pun belum sudah terfikir hidangan berbuka.

Ada juga yang bersiap sedia untuk menambah pendapatan dengan berniaga. Maklum sajalah, kalau di bulan puasa ni, jual apa pun pasti akan laris..terutama makanan. Nafsu untuk membeli kita menjadi lebih luar biasa di bulan puasa ini dari bulan-bulan yang lain. Ish..ish..ish..seeloknya di kawal nafsu tu.. takut-takut jadi satu pembaziran pulak nanti.

Tapi apa yang lebih penting sebenarnya bagaimana persediaan rohaniah kita. Adakah kita bersedia untuk berubah atau menambah baik amalan kita dari bulan-bulan yang lain. Ramai juga antara kita sudah membuat persiapan awal dengan melaksanakan puasa sunat di bulan Rajab dan Sha’ban. Ada yang buat puasa Isnin Khamis dan ada juga yang puasa penuh 2 bulan. Sesungguhnya kita fikirlah sendiri dan pilihlah jalan mana yang kita nak turuti. Tepuk dada tanyalah iman.. Hanya untuk renungan bersama…

Niat Puasa bulan Ramadhan (sehari):
niat sehari
images

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...