Thursday, May 10, 2012

OH IBU…..

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.” 


Ibu merupakan seorang insan mulia yang perlu kita hormati dan kita sanjung, kerana tanpa ibu sudah pasti tiadalah kita di dunia ini. Pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh belum tentu kita dapat balas. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Sebanyak mana sekali pun wang ringgit kita hulurkan kepadanya belum tentu dapat membalas segala pengorbanan seorang ibu.

Janganlah kita berkasar dengan ibu kita, kerana syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu. Hidup kita tidak akan di berkati seandainya kita berkasar dengan ibu kita walaupun dengan meninggikan suara dan berkata ah! sekali pun. Allah berfirman di dalam surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Sayangilah ibu kita seperti mana mereka menyayangi kita semasa kita kecil dahulu. Sentiasalah mendoakan kebahagian, kesejahteraan dan kesihatan untuk ibu kita. Sesungguhnya walau seramai mana kita berkawan namun ibu kita tetap satu, hargailah ibu kita dan sayangilah ibu.

ibu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...