Wednesday, February 22, 2012

Perihal Makan

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup, yang mana satukah amalan anda. Saya rasa ada juga di antara kita yang amalan pemakanan harian mereka ibarat hidup untuk makan. Celik mata sahaja perkara pertama yang di carinya adalah makanan. Takut akan mati kebuluran kalau tak dapat makanan. Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah kita makan untuk hidup. 

piramid makanan


Saya pun sebenarnya bukanlah pakar di dalam bidang permakanan ini, tetapi saya juga bukanlah juga tujuan hidup saya ini untuk makan semata-mata. Saya disini hanya sekadar berkongsi maklumat atau saling ingat mengingat antara kita. Memang sedia maklum kita sememang tahu gizi pemakanan yang seimbang, tetapi biasalah manusia, mudah lupa atau mungkin juga buat-buat lupa dek kerana nafsu makan yang membuak-buak. Macam mana saya katakan tidak tahu gizi seimbang sebab dari zaman sekolah rendah lagi kita dah di tunjukan dan di ajarkan carta pemakanan yang seimbang untuk kita. Sampailah ke sekolah menengah kita masih lagi di ajar perkara yang sama, silap-silap sampai di kita lanjutkan pelajaran di kolej atau universiti pun perkara ini akan di ajar juga. Tetapi masih ramai juga antara kita masih lagi mengalami masalah berat badan, termasuklah saya. Berat badan saya 105kg kira ada kurang dari beberapa tahun dahulu, kalau sebelum ni 110kg. Ketinggian saya pula 180cm dan menurut kata doktor berat badan saya dengan ketinggian saya tidak seimbang. Sepatutnya dengan ketinggian 180cm berat badan saya perlulah dalam lingkungan 66kg sehingga 88kg.Walau bagaimana pun setakat hari ini. Banyak juga perbezaan tu, nampaknya kena la bekerja keras sikit. Walau bagaimana pun Alhamdulillah kesihatan saya masih didalam keadaan yang baik.

BMI (Body Mass Index)
Apa itu BMI? Adakah penting BMI untuk kita? Body Mass Index atau lebih mudah di sebut dengan BMI merupakan satu carta pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan. Sebenarnya ianya merupakan satu rumusan matematik dimana berat badan seseorang (dalam kg) di bahagi dengan ketinggian badan (dalam m). BMI lebih berhubung kait dengan lemak tubuh di didalam tubuh badan. Oleh yang demikian mereka yang mempunya BMI 25-29, 9 dikatakan mengalami berat badan yang berlebihan (overweight) sedangkan seseorang dengan BMI 30 atau lebih dikatakan mengalami obesiti.
Formula BMI adalah seperti berikut: 
Carta BMI


BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Kategori BMI:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5-24.9
  • Overweight = 25-29.9
  • Obese = BMI of 30 or greater


Kita perlulah sentiasa memastikan setiap hidangan makanan kita itu sentiasa seimbang dan tidak berlebihan. Amalkan dalam kadar sederhana dan ianya bukan sahaja dapat menjimatkan malah dapat menjamin kesihatan badan. Ada diantara kita ni sebenarnya tidak tahu tahap kesihatan tubuh badan mereka. Ada juga yang takut untuk membuat pemeriksaana kesihatan mungkin sebab sukar untuk menerima hakikat kalau-kalau ada pula penyakit. Bersenam setiap hari juga tidak dapat untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang sempurna kalau kita tidak menjaga pemakanan kita.  Punca segala penyakit adalah dari perut kita. Pada pandangan saya senamam adalah bagi memastikan badan kita sentiasa dalam keadaan cergas dan bersiap sedia dalam apa jua keadaan. Di samping membakar lemak-lemak dan kolestrol yang berlebihan didalam badan kita, kerana lemak dan kolestrol yang berlebihan boleh mengundang berbagai penyakit kritikal.  Senaman juga sebagai satu aktiviti yang dapat membantu meningkatkan tahap metabolisma badan dalam keadaan yang baik di samping penjagaan makanan kita.
P1020961Oleh yang demikian perlulah kita tahu tahap BMI kita bagi memastikan kadar lemak dalam badan kita tidak berlebihan. Gunakanlah formula yang diberikan di atas dan semoga kita sama-sama dapat menjamin kesihatan tubuh badan yang sempurna. Bagi yang terlebih berat badan macam saya ni kenalah sentiasa beringat semasa mengambil makanan. Sebab untuk naikkan berat badan senang, tapi untuk menurunkan perlu mengambil masa yang lama. Perlu juga ada semangat dan motivasi diri yang tinggi, sebab kita ni sentiasa di kelilingi oleh hidangan makanan yang lazat-lazat setiap hari. Kalau tak kuat semangat usaha untuk turunkan berat badan memang akan gagal. Sama-samalah kita bersenam di samping mengambil makanan yang seimbang. Sahut cabaran kerajaan “JOM NAIK TANGGA”, jangalah sekadar tengok saje poster tu. Selamat beramal…..

 
Adab makan di dalam Islam
Agama Islam smemangnya agama yang sempurna dan yang terbaik. Umat Islam bukan sahaja di ajar melaksanakan segala amal ibadah bahkan cara-cara dan adab-adab makan juga. Semuanya ada terkandung di dalam al-quran dan juga hadith/hadis. Cuma kita perlulah rajin mencari dan mengkaji setiap apa yang Allah dan rasulnya bekalkan untuk  kita.
Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, ungkapan yang seringkali kita dengar. Sememangnya kita akan makan apabila kita merasa lapar tidak perlu di suruh-suruh. Sampai sahaja waktu makan, tanpa buang masa kita akan makan. Tapi yang menjadi masalah adalah kita susah nak berhenti sebelum kita kenyang…hehe. Biasanya bila dah macam nak pecah rasa perut barulah kita berhenti, terutama bila bulan puasa. Keinginan nafsu untuk makan sewaktu dibulan puasa seolah-olah nak makan sampai satu periuk besar. Kalau mengikut sunnah Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita tentang adab makan, iaitu sepertiga bahagian adalah untuk makanan, sepertiganya lagi untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafas (udara). 
Diantara adab makan dan minum yang perlu kita ambil kira kerana setiap hari kita makan iaitu melibatkan 3 aspek, sebelum makan, semasa makan dan selepas makan. Saya pun kadang-kadang mengakui ada terlupa/buat-buat lupa dalam adab makan yang perlu kita contohi.

1. Adab sebelum makan
  • Berusaha memastikan mendapatkan makanan yang halal dan baik serta tidak mengandung unsur-unsur yang haram. Berdasarkan ayat “Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rizki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu….” (QS. Al-Baqorah: 172) 
  • Niatkan tujuan dalam makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah, dan hal-hal lain yang berguna. Sebaik-baiknya senyap sudah depan rezeki, jangan gossip-gossip.
  • Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya. Berdasarkan hadits Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam “Apabila Rasululllah Sholallahu Alaihi Wassalam hendak tidur sedangkan Beliau dalam keadaan junub, maka beliau berwudhu terlebih dahulu dan apabila hendak makan, beliau mencuci kedua tangannya terlebih dahulu.” (HR. Ahmad VI/118-119)
  • Bacalah doa sebelum makan.
Doa Makan

2. Adab Ketika Makan
  • Memulai makan dengan mengucap basmalah. Berdasarkan hadits Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam, “Apabila salah seorang di antara kalian hendak makan, maka ucapkanlah ‘Bismillah’, dan jika ia lupa untuk mengucapkan bismillah di awal makan, maka hendaknya ia mengucapkan ‘bismillah awwalahu wa aakhirahu’ ”(HR Abu Dawud No.3767) 
  • Hendaknya menjilati jari-jemarinya sebelum mencuci tangannya, sebagaimana sabda Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam, “apabila salah seorang di antara kalian telah selesai makan, maka janganlah ia mengusap tangannya hingga ia menjilatanya atau meminta dijilatkan(kepada istrinya atau anaknya)”(HR.Bukhari No.5456) 
  • Tidak meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin. Tidak boleh juga untuk meniup pada minuman yang masih panas, apabila hendak bernafas maka lakukanlah di luar gelas sebanyak 3 kali, sebagaimana hadits Anas bin Malik Radiyallahu Anhu, “Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam jika minum,beliau bernafas (meneguknya) tiga kali (bernafas di luar gelas)”(HR.Bukhari No.5631).
    Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam juga bersabda dari Abu Said al-Khudri Radiyallahu Anhu, “Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam melarang untuk meniup (dalam gelas) ketika minum”(HR.At-Tirmidzi No.1887)
  • Hendaknya kita jauhkan  kekenyangan yang sangat overdose sampai nak bangun/beribadah pun jadi malas, sabda Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam, “Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhin perutnya, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum, sepertiga lagi untuk nafasnya.”(HR.Ahmad IV/132)
2. Adab Sesudah Makan
  • Berhenti makan sebelum kenyang, hal ini semata-mata meneladani Rasulullah Sholallahu alaihi wassalam, menghindari diri dari kekenyangan yang menyebabkan sakit perut yang akut dan kerakusan dalam hal makan yang dapat menghilangkan kecerdasan. 
  • Hendaknya memuji Allah Ta’ala setelah makan dan minum. Dengan ucapan alhamdulillah pun sudah memadai, atau bacaan doanya.
Doa Selepas makan

Jadi kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. Kadang-kadang kita bukannya tidak tahu, tapi kita selalu lalai dan lupa apa yang sepatutnya kita amalkan dan lakukan. Sama-samalah kita saling ingat mengingat agar kita sentiasa di berkati oleh Allah S.W.T.

Sumber diperolehi:
  1. kevinzahri.com – pakar kesihatan dan kecergasan
  2. zikirhusaini.com

2 comments:

  1. Untuk saya perfect one is BMI 18 atau 19.

    ReplyDelete
  2. Tahniah...Bagus lau macam tu.. Kena maintain kan jer...
    Lau dah jadi macam saya ni memang dah susah..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...