Monday, February 13, 2012

Isu Murtad

Kes murtad bukanlah satu perkara yang asing atau baru di Negara kita. Malah ada diantara mereka yang murtad telah kembali ke pangkal jalan dan tidak kurang juga ada di antaranya yang masih lagi hanyut.
Murtad dari segi bahasa membawa maksud kembali atau berbalik. Namun didalam Islam murtad membawa erti mereka yang telah keluar dari agama Islam dan menjadi kafir. Keluar dari agama Islam atau murtad ini hanya cukup dengan tidak mengakui salah satu hukum-hukum Islam yang sedia ada. Maka akan terhapuslah segala amalan yang dikerjakannya sebelum dia murtad. Ini adalah seperti yang di nyatakan oleh Allah S.W.T melalui fitmanNya surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari segi agamanya lalu dia mati sedang dia dalam kafir maka telah habislah amalannya di dunia dan di akhirat. Dan orang seperti itulah yang akan mengisi neraka dan kekal di dalamnya.”

Kes-kes murtad semakin lama semakin ramai dan ada diantara meraka yang secara terang memohon dari Majlis Agama Islam untuk keluar dari agama Islam.  Menurut laporan yang diperolehi dari MalaysiaKini, mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mengikut kiraan sebanyak 686 permohonan murtad telah direkodkan dan sebanyak 135 orang telah diluluskan permohonannya. Angka ini adalah berdasarkan rekod yang memohon untuk keluar dari agama Islam, tetapi berkemungkinan besar ada juga diantara mereka yang tidak memohon di Majlis Agama Islam untuk keluar dari agama Islam. Tidak mustahil juga kalau di katakan angkanya mungkin melebihi dari apa yang kita tahu.

Banyak kes murtad yang telah dilaporkan,d i antara kes yang paling hangat diperkatakan tidak lama dahulu adalah kes Lina Joy. Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani memohon untuk membuang perkataan Islam daripada kad pengenalan diri. Menurutnya, beliau tidak pernah memperaktikan Islam sejak dari lahir lagi dan beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 serta berhasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. 
Antara yang terbaru seperti yang di laporkan dan menjadi tajuk utama di Harian Metro bertarikh 11 February 2012 yang mana 3 gadis telah murtad akibat kemaruk cinta. Namun mujurlah mereka dapat di selamatkan dan didalam proses pemulihan. Jadi di sini apakah punca yang boleh menjurus dan membawa kepaada murtad ini?

Pada pandangan saya punca utama yang boleh membawa kepada murtad adalah kerana mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam. Mereka lebih mudah menurut keseronokan duniawi semata-mata.  Zaman sekarang masalah sosial bukan sahaja melanda di kalangan golongan remaja sahaja malah di setiap peringkat umur terlibat didalam situasi ini. Saban hari kita lihat di dada akhbar ada sahaja kes-kes yang berpunca dari masalah pergaulan bebas di kalangan masyarakat kita terutama mereka yang beragama Islam. Cara hidup mereka tidak lagi berpaksikan agama Islam. Islam bagi mereka hanyalah pada nama dan pada status dikad pengenalan(IC) diri sahaja, tidak pada amalan dan cara hidup harian mereka. Pergaulan bebas menjadi amalan dan budaya didalam diri segelintir golongan muda zaman sekarang ini. Apa yang paling di utamakan oleh mereka hanya keseronokkan dan hiburan sahaja sehingga tidak menghirau batas-batas norma yang sepatutnya ada di dalam agama. Mereka lebih mudah di pangaruhi dengan segala sogokkan dunia yang hanya bersifat sementara ini sahaja.

Ada juga di antara ibu bapa yang tidak begitu mengambil kisah apa yang dilakukan oleh anak mereka dengan alasan mereka sudah besar dan boleh berdikari sendiri. Apa yang menyedihkan lagi ada di antara ibu bapa yang hanyut sama seperti anak-anak mereka juga. Kadang-kadang ada juga yang berperangai dan berpewatakan lebih teruk daripada anak mereka.

Bagaimana rasanya kita nak mengajar golongan muda kita sedangkan ada juga di segelintir golongan dewasa atau golongan tua kita tidak mengikut landasan yang sepatutnya. Elemen yang paling utama perlu ada didalam diri kita sebagai umat Islam adalah akidah. Kita perlu memperkukuhkan diri dengan akidah-akidah yang sepatutnya dan mengamalkan setiap apa yang di wajibkan ke atas diri kita dan meninggalkan segala larangan yang telah di tetapkan oleh Allah S.W.T. Bukanlah satu perkara yang susah sebenarnya, ianya menjadi susah sekiranya kita tidak pernah untuk cuba melaksanakannya. 
Antara yang terpenting didalam perkara-perkara yang di wajibkan kepada kita adalah solat. Solat adalah amal ibadah yang paling penting bagi setiap umat Islam. Solat itu adalah tiang agama, jika seseorang itu sempurana solatnya maka sempurnalah juga agamanya. Perkara ini juga turut diperjelaskan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud.

“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya”  Hadis riwayat Baihaqi.

Sekiranya setiap di antara kita sentiasa menjaga solat dan tidak mangabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam maka sudah pasti isu murtad ini dapat di tangani dengan mudah. Masalah sosial juga pasti akan dapat di hadapi dengan lebih mudah lagi. 

Langkah utama didalam membendung masalah ini perlulah dimulakan di rumah terlebih dahulu, iaitu bermula semenjak dari mula anak itu dilahirkan. Ini kerana guru di sekolah lebih menumpukan kepada kemajuan akademik anak-anak sahaja. Sebagai ibu bapa mereka yang lebih bertangungjawab didalam mencorak sasiah anak mereka sama ada baik mahu pun buruk kerana mereka lebih banyak meluangkan masa bersama mereka. Namun tanggungjawab itu bukan terletak di bahu ibu bapa semata-mata, malah masyarakat sekeliling juga perlu turut sama dalam mendidik anak-anak ini. Hal ini kerana pengaruh persekitaran juga memberi impak yang besar didalam melahirkan generasi yang baik di masa akan datang. Para ibu bapa dan masyarakat juga perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu-ilmu yang perlu bagi melahirkan generasi muda yang berguna di masa akan datang. Bukan sahaja anak-anak yang perlu belajar, ibu bapa dan masyarakat juga perlulah belajar sama. Komuniti setempat perlulah sentiasa melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi ilmu dan pengajaran kepada setiap masyarakat terutama ibu bapa di dalam membimbing anak-anak mereka. Aktiviti seperti seminar, kursus motivasi atau ceramah boleh membantu masyarakat memperoleh ilmu dan kekuatan diri didalam mendidik anak mereka.

Jadi di sini sekiranya kita sentiasa ingat mengingati dan berpesan-pesan antara satu sama lain sudah pasti banyak isu dan masalah yang dapat kita hadapai dengan mudah. Sebagai masyarakat kita perlu sama-sama berkerjasama didalam memastikan bangsa kita tidak rosak dan hanyut dengan kemungkaran. Sekiranya kita lemah maka sudah pasti dengan mudah musuh akan apat musnahkan kita. Semoga Allah sentiasa memberi kita jalan kemudahan dan kekuatan didalam menempuhi kehidupan di dunia ini...Amin..amin Yarobbal alamin.

Sumber diperolehi dari:
1. Malaysia Kini
2. Harian Metro
3. soleh.net





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...