Friday, February 17, 2012

AGE (Acute Gastroenteritis)

AGE atau acute gastroenteritis juga dikenali sebagai flu perut, pepijat perut, flu perut, gastroenteritis dan virus dalam perut, walaupun tidak berkaitan dengan influenza. Mereka yang di jangkiti virus ini akan mengalami cirit-birit, muntah dan kekejangan perut. 

Sumber imej : Akhbar KOSMO
Majoriti kes-kes yang dilaporkan diseluruh dunia adalah di kalangan kanak-kanak dan ianya adalah di sebabkan oleh rotavirus, manakala di kalangan golongan dewasa kebiasaanya adalah Norovirus.Di antara penyebab-penyebab lain yang membawa kepada wabak ini adalah berpunca dari bakteria atau toksin dan juga parasit. Virus ini boleh tersebar melalui penyediaan makanan yang tidak baik, air yang telah tercemar atau perhubungan rapat dengan mereka yang dijangkiti.

Di Malaysia sebanyak lebih 3000 orang direkodkan telah dijangkiti dengan virus AGE ini dan kesemua kes yang dilaporkan setakat ini adalah di negeri Perak. Pada Jumaat yang lalu, dua bayi masing-masing 2 bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang di percayai akibat dijangkiti sejenis virus iaitu Rotavirus yang menyebabkan AGE. Mangsa yang di jangkiti AGE telah mengalami muntah-muntah, demam dan dehidrasi.

 Rotavirus
Imej Rotavirus
Rotavirus adalah penyebab yang biasanya mengakibatkan cirit-birit yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Hampir setiap kanak-kanak diseluruh dunia  yang berusia hampir 5 tahun telah dijangkiti oleh virus ini sekurang-kurangnya sekali.
Virus ini disebarkan melalui laluan najis  dan menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang melapisi usus kecil dan sebab-sebab Gastroenteritis. Rotavirus telah ditemui pada tahun 1973  dan dipercayai sehingga 50% dimasukkan ke hospital akibat  cirit-birit yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak.  Di samping kesan ke atas kesihatan manusia, rotavirus juga menjangkiti haiwan dan ternakan. 

 Simptom dan tanda
Kebiasanya meraka yang dijangkiti  wabak ini akan mengalami muntah, cirit-birit yang teruk sehinnga mengakibatkan dehidrasi. Bagi memastikan perkara ini doktor atau penolong perubatan akan menyiasat adakah mangsa terdedah kepada alah satu  punca jangkitan wabak ini jangka masa, jenis-jenis tanda dan juga kekerapan muntah dan juga cirit-birit.

 Komplikasi
Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian. Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa. Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Sebaran wabak.
Wabak ini mudah tersebar melalui air atau makan yang telah tercemar dan juga melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti. Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal). Oleh kerana sifatnya yang stabil dengan membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus ini, kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.
 Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?
  • Berhati-hati dengan segala tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, dan mulut menjadi kering.
  • Sentiasa memberikan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan bendalir yang hilang akibat dari cirit-birit dan muntah.
  • Pada tahap serius, kanak-kanak yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit dan muntah sebanyak 20 kali sehari. Oleh yang demikian adalah perlu kanak-kanak terbabit di hantar ke hospital dengan seberapa segera bagi membekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).
  • Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

 Langkah Pencegahan
  • Perlulah kerap membasuh tangan dengan teliti sebelum menyentuh makanan.
  • Masak air sehingga mendidih terlebih dahulu sebelum diminum.
  • Elakkan berkongsi makan dengan mereka yang dijangkiti Rotavirus
  • Digalakkan memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.
Semakin hari kita lihat semakin bermacam-macam penyakit dan wabak yang telah timbul. Sebenarnya kebanyakkan penyakit dan wabak yang tersebar ini pernah satu ketika dahulu menggemparkan dunia dan kini sekali lagi ianya melanda lagi. Namun sebagai manusia kadang kala kita leka serta lalai dalam setiap aspek penjagaan kesihatan kita dan mungkin juga wabak ini satu peringatan kepada kita. 


 
Sumber di perolehi :
  1. Wikipedia.
  2. http://faish5807.blogspot.com
  3. Akhbar KOSMO
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...