Monday, December 7, 2009

Hanya Kulit

Sepanjang hidup kita dimuka bumi ini, dari kecil sehinggalah kita dewasa dan sehinggalah kita kembali kepada Nya, sebenarnya kita sentiasa didalam porses pembelajaran. Mengapa? Adaka kerana ilmu yang kita pelajarai masih belum memadai? Sebenarnya banyak perkara yang kita masih lagi kita tidak ketahui sebenarnya. Memanglah kadang kala kita rasa kita diri kita telah cukup sempurana, tetapi apabila kita menghadapi sesuau masalah barulah kita tahu masih banyak lagi perkara yang kita perlu pelajari. 


Break The Stone

Assalamulaikum...

Sebenarnya kita sentiasa di beri pilihan didalam melaksanakan sesuatu perkara di bumi Allah ini, tidak kiralah sama ada baik atau buruk. Maka terpulanglah kepada kita sebagai umatnya untuk membuat pilihan dengan tepat. Kadangkala kita sering berasa ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan, seperti ada halangan yang besar didalam diri kita dalam membuat keputusan. Kita tidak tahu mana pilihan yang tepat kerana hanya disisi Allah sahaja yang memiliki segala kunci bagi segala pintu (ilmu). Namun begitu Allah telah membekalkan kepada umatnya dengan panduan dalam membuat pilihan yang tepat, agar umatnya sentiasa berada dijalan yang benar dan di redhaiNya. Maka dengan itu terpulanglah kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi ini yang diutuskan oleh Allah untuk mengolah dan mengkaji panduan tersebut agar ianya dapat dimanfaatkan bersama semua umat manusia di muka bumi ini. Apakah panduan yang Allah bekalkan kepada kita? Itulah Al-Quran dan Hadith.


Thursday, December 3, 2009

3 Saat

Assalamualaikum...

Sesungguhnya sebagai umat manusia yang hidup melata di muka bumi ini kita sedar yang kita sebenarnya hanya menumpang di bumi Allah ini. Namun kita tidak tahu berapa lama masa yang diberikan oleh Allah kepada kita meghirup udara kebebasan di muka bumi ini. Namun dewasa ini kita lihat segelintir umat manusia semakin leka dengan kealpaan hasil rekaan umat manusia itu sendiri yang lebih berpaksikan hawa nafsu. Mereka telah kelalen tujuan asal adam dan hawa diutuskan ke muka bumi ini adalah sebagai khalifah. Sebenarnya kalau di fikirkan sedalam-dalamnya hidup kita dimuka bumi ini hanyalah selama 3 saat. Mengapa hanya 3 saat?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...