Didalam
sebuah sungai tinggallah seekor katak dengan aman dan damai. Mereka saling
bantu-membantu dan saling ingat-mengingatkan. Mereka seringkali di ingatkan
supaya berhati-hati terhadap musuh-musuh mereka seperti ular, kala
jengking, lipan dan haiwan-haiwan yang menyengat.
“Kita
adalah haiwan yang lemah. Kita tidak mempunyai senjata untuk melawan musuh
seperti haiwan lain. Dan, nasib kita agak malang kerana kita ini makanan
istimewa untuk ular. Ingatlah kawan-kawan, ular sentiasa datang dan pergidi
sungai ini. Mereka menunggu kita lepa dan lalai. Bila kita lalai, mereka akan
memakan kita. Jangan sekali-kali lalai dan leka. Lalai bermakna mati.”
Oleh
kerana sudah kerap kali mendengar pesanan itu, mereka hanya selamba sahaja dan
bersikap acuh tak acuh dengan pesanan itu. Sememangnya mereka sudah tahu sejak
dari dahulu lagi ular merupakan musuh utama mereka. Mereka juga sudah biasa dan
lali. Bukan itu saja, mereka juga sudah biasa melhat bagaimana rakan-rakan
mereka mati di telan ular.
Katak-katak
disitu lebih berbangga kerana mereka merupakan haiwan yang istimewa – boleh di
darat dan juga didalam air. Mereka juga berbangga kerana mereka diperlukan oleh
manusia – bila terdengar bunyi katak bersahut-sahutan, selalunya manusia akan
berkata, “Oh… Nak hujan.”
Tanpa
mereka sedari di daratan tidak jauh dari sungai itu, seekor lipan sedang
mencari akal untuk menyeberang sungai. Sudah puas dia mencari-cari ranting
boleh dijadikan lintasan untuk menyeberangi sungai itu, tetapi usahanya menemui
jalan buntu.
Setelah
beberapa lama dia mencari jalan untuk menyeberangi sungai, tetapi masih tidak
menemui sebarang cara. Tiba-tiba dia tenampal katak yang sedang berehat di
dalam air. Lipan pun mempunyai satu idea bagaimana dia nak menyeberangi sungai
itu. Caranya adalah dengan meumpang di belakang katak.
“Hai
kawanku, apa khabar? Sapa lipan menegur katak.
Katak
dengan terperanjat mendongak dan terlihat lipan yang cuba berbuat baik
dengannya.
“Sejak
bila pula kita berkawan? Bukankah kita bermusuh selama ni?” jawab katak.
“Mengapa
kita bermusuh? Sejak bila kita bermusuh? Aku kan hanya memakan serangga. Aku
tak makan kamu, jadi untuk apa pula aku nak bermusuh dengan kamu.” Kata lipan
cuba meyakinkan katak.
“Tapi
bukankah lipan menyengat katak?” Tanya katak.
“Kan
kita berkawan. Sebagai kawan untuk apa aku nak meyengat kamu.” Jawab lipan.
Hati
katak menjadi agak lembut bila mendengar kata-kata lipan yang tidak menunjukkan
sebarang reaksi sebagai musuh.
“Jadi
apa sebenarnya hajat kamu ke sini?”, Tanya katak.
“Buat
masa ni tak ada apa-apa, sengaja aku menegur kamu supaya kita boleh
berbual-bual.”
“Oh
begitu.” Jawab katak dengan selamba.
Menyedari
katak tersebut agak keras hatinya, sedangkan lipan sangat-sangat berhajat
pertolongan katak, lipan pun mencari jalan dan helah supaya dapat memenuhi
hajatnya.
“Kamu
sememangnya haiwan yang sangat beruntung, katak.” Kata lipan memuji katak.
“Beruntung?
Kenapa?”
"Tidakkan
kamu tahu, dalam dunia ini hanya ada satu jenis haiwan sahaja yang boleh
hidup di daratan dan didalam air, iaitu katak?”
“Oh
itu memanglah.” Jawab katak dengan bangga.
“Aku
ini bolehlah dikatakan haiwan yang tidak berguna. Ramai yang benci kepada aku
kerana aku suka menyengat. Aku tak diperlukan. Tak macam kamu. Bila manusia nak
tahu sama ada akan hujan atau tidak, mereka akan mencar-cari suara kamu.” Puji
melambung lipan lagi.
“Ah…itu
perkara kecil saja. Memang kami kaum katak berasa amat bertuah kerana di
kurniakan berbagai-bagai kelebihan.” Katak mula lupa diri, lupa bahawa yang di
depannya ialah musuh.
“Kamu
juga boleh terapung di dalam air. Tak macam aku.” Tambah lipan lagi menumpan
katak.
“Memang
betul. Aku boleh berenang berbatu-batu tanpa rasa penat.”
“Kalau
begitu, aku minta tolong sikit saja. Aku nak pergi ke seberang sana. Dekat
saja. Bolehkah aku menumpang dibelakang kamu?” lipan meminta.
“Tak
de masalah. Eh tetapi, kamu lipan kan suka menyengat.” Kata katak.
Untuk
apa aku menyengat kamu? Tujuan aku cuma nak menyeberang sana. Kan kita ini dah
jadi kawan.” Kata lipan.
“Baiklah.
Naik atas belakang aku.” Kata bersetuju.
Lipan
pun naik belakang katak dan katak pun mula berenang menyeberangi sungai. Sampai
di tengah-tengah sungai, hanya secara tiba-tiba sahaja, lipan terliur melihat
belakang katak yang lembut. “Alangkah seronoknya, kalau aku dapat membenamkan
sengat aku di belakang katak ini.” Fikir lipan.
Kerana
sudah tidak tahan melihat daging katak yang lembut itu, lipan pun berkata,
“Katak, nampaknya aku terpaksa sengat kau.”
Katak
terkejut dengan kata-kata lipan dan berkata dengan suara yang terketar-ketar,
“Tapi kenapa? Tadi kamu kata tidak akan menyengat aku….”
“Oh,
itu tadi, sekarang lain pula ceritanya. Sekarang aku dah tak boeh tahan lagi.
Memang tabiat aku suka menyengat.” Jawab lipan dengan selambanya.
“Kamu
jangan jadi bodoh lipan. Kalau kamu menyengat aku, kamu pun akan sama-sama
mati. Kita akan tenggelam.” Katak cuba untuk mempertahankan dirinya.
“Itu
tak pasti lagi. Aku tak peduli, yang penting, aku mesti sengat kamu sekarang
juga.” Kata lipan sambil membenamkan sengatnya ke belakang katak. Katak
menjerit kesakitan, pandangannya semakin kabur lalu tenggelam ke dasar sungai.
Lipan turut sama tenggelam akhirnya lemas dan mati.
Moral: Di dalam dunia ini terdapat bermacam jenis manusia, ada
yang baik dan ada juga yang jahat. Ada yang jujur dan ikhlas berkawan dengan
kita tetapi harus jkuga di ingat ada juga yang ada niat yang tersirat yang kita
kadang kala tidak perasan. Namun adalah perkara bodoh sekiranya kita sudah tahu
musuh kita yang nyata tetapi masih percaya dengan kata-kata dan tipu helahnya.
Maka dengan itu kita seharusnya sentiasa berwaspada didalam pergaulan dan
berkawan agar kita tidak menjadi mangsa.
Cerita
dipetik dari:
Buku Inspirasi Khazanah oleh Azman Ching Eu Boon
Waspada dengan perbuatan baik seorang musuh.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi cerita yang menarik.
ReplyDeleteZaman sekarang ni kadang-kadang tu macam susah nak bezakan kawan dan lawan. Sahabat pun boleh jadi musuh...Semamanya kena sentiasa berwaspada...
ReplyDelete