Monday, October 11, 2010

KENAPA

Assalamualaikum......

Rasanya dah lama sangat saya tak kemaskini blog ini...Kadang-kadang saya pun tak pasti kenapa agaknya saya tak kemaskini blog ni...Mungkin kalau nak jadikan alasan tiada masa atau pun tak de idea apa yang nak di letak...Tapi rasanya yang lebih tepat lagi tidak ada idea sebenarnya....Kenapa?

Kenapa..kenapa...kenapa....Kadang-kadang perkataan "KENAPA" boleh merungkaikan seribu satu persoalan...Tapi kadang-kadang perkataan "KENAPA" ni juga boleh menyebabkan orang lain naik angin...Kenapa?




Dengan hanya menggunakan kenapa kita boleh mendapat jawapan kepada persoalan yang kita hadapi. Sebagai contohnya kenapa perlu kita makan? Jadi sudah pasti orang akan menjawap sebagai pemberi tenaga kepada tubuh badan kita. Jadi kalau disini kita telah menjawap kepada persoalan yang kita ada...

Tapi macam mana pula perkataan kenapa itu boleh menjadika orang marah? Biasanya rasa marah ni boleh timbul sekiranya kita berhadapan dengan orang yang sering sangat bertanya..Kenapa ini..kenap itu..knapa macam tu..kenapa tak macam ni...Kalau kita berhadapan dengan orang yang sebegini, sebenarnya apa yang penting adalah kita kena la banyak bersabar...

Berbalik kepada kes saya yang tidak idea tadi...Kenapa saya tak de idea? Setelah saya kaji dan selidik apa yang telah terjadi kepada saya kebelakangan ini adalah puncanya sebab saya sekarang sudah semakin kurang membaca..Sedangkan bahan bacaan banyak sebenarnya di rumah. Tapi hanya terbiar di makan selaputi habuk sahaja.. Terbiar sepi saja di sudut kamar tidur saya. Suatu masa dahulu memang saya gemar membaca dan kerana itu banyak buku-buku saya beli sebagai santapan ilmiah saya. Tapi sejak kebelakangan ini saya mudah mengantuk apabila mula membaca. Untuk menghabiskan satu muka surat pun agak sukar untuk saya...Sebab itu saya sekarang ni rasanya macam kurang sangat idea.....

Hmmmm....Kenapa?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...