Tuesday, October 19, 2010

Ilmu

"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Ilmu adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab Alima yang memebawa erti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Dari segi istilah pula ilmu ialah pemahaman berkenaan sesuatu subjek atau objek yang dihadapi melalui himpunan pengetahuan manusia berkenaan dengan perkara tersebut. Ianya melalui proses pengajian, pemahaman dan pengalaman manusia berkenaan dengan sesuatu perkara dan ianya juga dapat diterima oleh akal fikiran manusia. Namun di dalam Islam ilmu memberi erti segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memilki aspek lahiriah dan batiniah.
Perkataan ilmu sering kali dikaitkan atau senonim dengan perkataan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai maksud yang sama walaupun berbeza dari segi penggunaannya. Perkataaan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.



Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada
pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar dariapda takrif dan ruang lingkup ilmu da
n dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara
agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dekenali sebagai sifat, proses dan h
asil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran, Syariah, Synnah, Iman, Ilmu Kerohanian, Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan Pendidikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa majunya sesuatu bangsa itu adalah kerana penguasaan bangsa tersebut ke atas susuati ilmu dan bagaimana mereka mengembangkan ilmu tersebut. Hal ini kerana ilmu pengetahuan dapat menaikan lagi darjat sesuatu bangsa kearah kemuliaan dan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.Ia juga trbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah :
a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-
Fathur:ayat 28)
b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang
bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)
c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang
yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )
d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi.
Penguasaan diri didalam bidang ilmu pengtehuan yang tertentu bukanlah sesuatu perkara yang boleh diperolehi dalam sekelip mata. Ianya memerlukan usaha yang gigih dan tekad yang kuat didalam proses bagi menguasai sesuatu perkara itu. Didalam proses memperolehi ilmu tersebut sudah pasti berbagai rintangan dan dugaan akan dihadapi, dengan berkat kesabaran dan keikhlasan kita didalam usaha mendapatkan ilmu itu sudah pasti kemanisan akan dapat dicecapi di masa akan datang. Namun harus juga di ingat, ilmu yang kita perolehi itu pastikan ianya akan memberi manfaat bukan sahaja pada diri sendiri malah pada agama dan bangsa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...