Wednesday, October 13, 2010

Modal Insan

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera......

Semoga hari-hari yang berlalu dapat kita lalui dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Acap kali kita dengar ungkapan ini sebenarnya, tetapi mampukah kita menghasilkan seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam sekelip mata. Kalau dalam mimpi saya rasa semuanya tidak mustahil bukan. Tetapi dalam dunia yang nyata perkara itu adalah amat sukar untuk dilakukan.

Dalam mencapai impian tersebut, antara pekara yang paling utama untuk dilakukan adalah dengan menghasilkan modal insan yang mantap bagi menghadapi dunia sekarang yang semakin pesat membangun. Dengan adanya modal insan yang mantap dan jitu segala apa cabaran yang dihadapi sudah pasti akan dapat kita atasi dengan mudah. Namun perlu juga di perhatikan proses dalam penghasilan modal insan tersebut agar ianya tidak menyimpang atau tersasar dari apa yang telah kita rancangkan. Pada pandangan saya dalam menghasilkan modal insan yang mantap, kita tidak boleh terlalu memandang kepada kemajuan diri didalam teknologi semata-mata, ianya perlulah di imbangi dengan kemantapan akidah juga. Ini bagi memastikan kemakmuran dan keamanan serta tahap sosial masyarakat kita ditahap yang jitu. Kemantapan didalam bidang teknologi boleh dikatakan agak mudah untuk diperolehi, namun kemantapan akidah agak sukar dicapai sekiranya tidak dilaksanakan dengan betul.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, antara pepatah melayu yang sering diguna didalam menggambarkan mendidik anak-anak. Justeru itu didalam menghasilkan modal insan yang mantap, ianya perlulah dilaksanakan semasa zaman kanak-kanak lagi seperti yang diwar-warkan oleh isteri perdana menteri kita Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini. Ini kerana kanak-kanak umpama kain putih yang bersih maka ibu bapalah yang perlu mencorakkan anak mereka. Ibu bapa juga merupakan guru pertama dan paling utama didalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna apabila meraka dewasa kelak. Oleh yang demikian ibu bapa juga perlulah mempunyai motivasi diri dan akidah yang mantap didalam meriealisasikan impian tersebut terlaksana.

Apa yang paling membimbangkan sekarang adalah, terdapat segelintir diantara ibu bapa terlalu asyik didalam mengejar kamajuan dan kemewahan sehingga terabai bimbingan anak-anak meraka. Anak-anak dihantar kepada rumah asuhan yang kadang kala kita kurang periksa latar belakangnya, sehingga timbul berbagai kes yang melibatkan pusat-pusat atau rumah-rumah asuhan ini. Tapi yang lebih menggusarkan adalah, adakah ibu bapa sudah cukup memperkasakan anak-anak mereka dengan dasar akidah yang mantap untuk anak-anak mereka menhadapi dunia yang sebenar. Apa yang kita nampak sekarang ini, ada segelintir ibu bapa tidak begitu mengambil berat berkenaan perkara ini, dan mereka mengharapkan guru-gurulah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak-anak mereka sama ada dari segi akademik mahu pun akidah mereka. Tanggapan yang sebegini seharusnya diubah, kerana sebelum memasuki zaman persekolahan ibu bapa seharusnya memberikan persediaan yang secukupnya kepada anak-anak mereka, agar mereka lebih bersedia didalam menempuhi dunia yang sebenar kelak.

Kalau kita kita lihat zaman sekarang ini, masalah sosial kian lama semakin parah dan semakin meruncing. Kes-kes pembuangan bayi pula semakin hangat berlaku walaupun bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Apa yang paling menghairankan adalah kebanyakkan kes yang berlaku adalah dikalangan bangsa Melayu dan bukannya bangsa-bangsa lain. Bagaimana negara mahu menghasilkan Modal Insan yang mantap, sedangkan tunjang utamanya masih lagi goyah. Punca utama kepada natijah yang berlaku sekarang ini adalah kelemahan akidah didalam diri setiap insan itu. Seandainya ibu bapa menerapkan nilai-nilai yang mulia dan sentiasa memberikan tunjuk ajar dan contoh akidah yang sempurna segala apa masalah sosial yang berlaku pasti akan dapat dikurangkan. Bukan sahaja kita dapat mengatasi masalah sosial malah sudah pasti kita akan dapat menghasilkan Modal Insan yang mantap dimasa akan datang..
Persekitaran komuniti masyarakat yang sihat juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat membesar dengan sempurna. Konsep 1 Malaysia yang dianjurkan oleh perdana menteri kita Datuk Seri Najib merupakan elemen yang penting didalam proses penghasilan komuniti masyarakat yang sihat. Pengaruh persekitaran yang cukup baik dan sempurna boleh membantu didalam memastikan anak-anak kecil kita dapat membesar dengan sihat serta sempurna seperti yang kita impikan.
Jadi apa yang paling penting disini adalah pegangan agama yang kuat merupakan tonggak utama didalam menghasilkan modal insan ini. Semua agama menganjurkan umatnya untuk berkelakuan baik dan bergaul dengan aman tanpa ada ketegangan antara satu sama lain. Maka untuk itu bukan sahaja ibu bapa dan guru malah komuniti masyarakat juga perlu diperkasakan dengan pegangan agama yang kuat didalam memastikan masalah sosial yang menjadi penghalang utama dapat di atasi.
Sekadar pandangan dan renungan bersama........



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...