Tuesday, March 9, 2010

Glaukoma



Mata merupakan anugerah Allah yang amat berharga dan bermakna bagi kita semua. Melalui mata kita dapat melihat dan bersyukur di atas keindahan alam ciptaan tuhan ini. Namun kadang kala kita tidak sedar untuk menjaga kesihatan mata kita ini dan ddidalam diam tanpa kita sedar penglihatan kita akan hilang begitu sahaja, itu lah penyakit Glaukoma.
Apa itu Galukoma? Ramai diantara kita yang tidak tahu dan tidak ambil peduli akan penyakit ini walaupun ianya sangat merbahaya.Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bobola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Dianggarkan hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun menghidap penyakit galukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain dari katarak. Di Negara kita boleh dikatakan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh glaukoma. 

 Apakah yang menyebabkan galukoma ini berlaku? Sebagai pengetahuan kita bersama, didalam mata yang sihat terdapat cecair aques humour yang berketiran menerusi bahagian depan mata dan keluar ‘Canal of Schelm’. Fungsi cecair ini adalah sebagai mengawal tekanan didalam mata kita. Bagi mereka yang mengalami glaukoma system pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aqueous humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini akan mengakibatkan tekanan dalam mata mmenjadi tinggi. Peningkatan tekanan yang melebihi dari paras biasa ini akan menyebabkan kerosakan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.Biasanya pada peringkat awal kita tidak akan sedar yang kita sebenarnya menghidapi glaukoma. Ini kerana penyakit glaukoma ini hanya akan memberi kesan yang ketara pada peringkat awal. Namun apabila penglihatan bahagian tengah mata menjadi kabur penyakit tersebut sebenarnya sudah pada tahap lewat.
Kebiasaannya individu yang berumur 40 tahun keatas dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap glaukoma mempunyai potensi untuk menghidap penyakit ini. Di samping itu mereka yang menghidap diabetes, darah tinggi dan mereka yang mengambil ubat yang mengandungi steroid berisiko tinggi untuk mendapat glaukoma.

Bagi mereka yang telah mempunyai glaukoma, perlulah menjalani rawatan bagi menrendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.
Ubat titis adalah biasanya langkah pertama dalam rawatan ini. Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang berlainan. Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti dinasihatkan oleh doktor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak digunakan. Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan kepedihan mata. Kesan sampingan juga termasuk pertukaran perasaan lidah, pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan kekaburan mata.
Laser digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan. Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. Procedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk setiap individu dan kadang-kadang ubat tits mata masih diperlukan selepas laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah.
Bagi langkah pencegahan awal, mereka yang berumur 40 tahun keatas dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap glaukoma di nasihati mendapatkan pemeriksaan dari pakar mata atau Oftalmologi. Bagitu juga bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes, darah tinggi dan yang mengambil ubat mengandungi steroid.
Hargailah mata anda kerana mata merupakan anugerah Allah yang amat berharga bagi kita semua.
Sekadar berkongsi maklumat……….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...