Monday, December 7, 2009

Hanya Kulit

Sepanjang hidup kita dimuka bumi ini, dari kecil sehinggalah kita dewasa dan sehinggalah kita kembali kepada Nya, sebenarnya kita sentiasa didalam porses pembelajaran. Mengapa? Adaka kerana ilmu yang kita pelajarai masih belum memadai? Sebenarnya banyak perkara yang kita masih lagi kita tidak ketahui sebenarnya. Memanglah kadang kala kita rasa kita diri kita telah cukup sempurana, tetapi apabila kita menghadapi sesuau masalah barulah kita tahu masih banyak lagi perkara yang kita perlu pelajari. 



Kadangkala kita rasa bangga kerana kita telah berjaya kerana kita telah memperolehi sesuatu, tetapai sesunggunya masih ada orang yang lebih baik daripada kita. Kadangkala kita bangga kerana telah Khatam Al-Quran berkali-kali, tetapi sessungguhnya ada pula orang lain yang tahfiz Al-Quran. Namun ianya masih tidak lagi cukup sebenarnya, sebab bukankah lebih baik sekiranya kita dapat mempelajari, mengkaji dan mendalami isi kandungan maksud yang tersurat serta yang tersirat didalam Al-Quran itu. Alangkah indahnya sekiranya kita faham tahu maksud di setiap bait-bait ayat yang terkandung didalam Al-Quran itu. Sekarang barulah kita sedar sebenarnya apa yang kita lakukan dan kita pelajari dari masa kita kecil sehinggalah ke hari ini hanyalah kulit semata-mata. Nmaun Allah telah kurniakan setiap kita dengan akal dan fikiran yang boleh kita mnafaatkan dengan sepenuhnya. Terpulanglah kepada setiap individu dalam menggunakan kurniaaan tuhan itu dengan cara yang sepatutnya. Nabi Muahammad pernah bersabda :

“Tuntutlah ilmu semasa dari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad”

Berdasarkan kepada hadith nabi diatas, betapa menuntut ilmu itu merupakan satu perkara yang amat dituntut didalam agama Islam tidak kira peringkat usia.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”
. (Al-Baqarah:269)

Firman-Nya lagi maksudnya:
“Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

Jadi adakah ilmu yang kita ada sekarang ini hanya kulit semata-mata? Atau pun berserta dengan isi yang tersurat dan yang tersirat serta boleh dimanfaatkan oleh manusia sejagat? Sekiranya lengkap kulit dan isinya..Alhamdulillah semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama. Tetapi sekiranya tidak, maka tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu juga merupakan satu ibadah yang dituntut dalam agama Islam. Apabila ibadah maka apa yang kita lakukan itu pasti akan mendapat ganjaran dari Allah di dunia dan akhirat selagi mana ianya tidak bercanggah dari lunas-lunas Islam. INSYAALLAH.....

Untuk renungan bersama…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...