Friday, January 15, 2010

Ingatkah kita...................

Ingatkah kita…
Ingatlkah kita tangungjawab kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini…
Ingatkah kita yang kita sebenarnya sekadar menumpang sahaja di muka bumi ini…
Ingatkah kita yang hidup kita ini sebenarnya singkat…
Tidak ramai sebenarnya yang ingat semua benda-benda tu..Kenapa ya? Mungkin benar apa yang pernah diungkapkan oleh mantan perdana menteri kita satu masa dahulu..”MELAYU MUDAH LUPA….” Apa yang di rujuk oleh perdana menteri kita pada masa itu bukanlah merujuk kepada umat Islam tetapi kepada bangsa Melayu kita yang majoritinya adalah beragama Islam.. Sememangnya kita mudah lupa akan tujuan kita berada di bumi Allah.
Mungkin ada diantara kita telah lupa apa sebenarnya Islam itu sendiri walaupun nama mereka melambangkan Islam. Ada juga diantara kita Islam mereka hanya sekadar didalam Kad pengenalan diri sahaja tapi diri mereka sendiri belum lagi sepenuhnya Islam. Ramai diantara kita lupakan 5 perkara yang wajib kita lakukan didalam hidup kita di atass bumi Allah ini. Ramai juga diantara kita sudah lupa 6 perkara yang perlu kita percayai didalam hidup kita sebagaio umat Islam. Apa 5 dan 6 perkara tersebut? Itulah rukun Islam dan rukan Iman yang wajib kita ingat sepanjang hidup kita sebagai umat yang beragama Islam. 



RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua khalimah syahadah.
2. Solat 5 waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan Zakat.
5. Menunaiikan haji bagi pada yang berkemampuan

RUKUN IMAN
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kita-kitab (Al-Quran)
4. Beriman kepada Nabi dan Rasul
5. Beriman kepda Qada’ dan Qadar
6. Beriman kepada hari Akhirat

Didalam semua rukun tersebut, terdapat satu rukun yang amat di titik beratkan dan wajib dilaksanakan walau didalam apa keadaan sekali pun. Rukun tersebut adalah solat 5 waktu sehari semalam. Bagi orang beriman solat merupakan satu perkara yang amat mudah dan senang. Namun tidak bagi yang sebaliknya. Sekarang ni banyak kita boleh nampak bangsa Melayu kita telah lupa akan kewajiban solat keatas diri mereka sebagai umat Islam. Kita khayal dengan keindahan dunia dan sedikit demi sedikit kita telah lupa keindahan syurga yang menanti kita. Ramai juga di antara rakan-rakan kita yang telah lupa akan kewajiban tersebut….Sembahyang itu tiang agama…Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan… Acap kali kita dengar atau kita baca ungkapan tersebut, namun sejauh mana tahap kesedaran dan keinsafan kita…Adakah hanya sekadar dibibir sahaja… Mungkin ada diantara kita yang tidak ingat betapa pentingnya sembahyang. Ada juga diantara kita ni menganggap sembahyang itu hanya untuk orang tua, tok lebai, tok imam, orang-orang kampung dan sebagainya atau mungkin mereka rasa masih muda dan banyak lagi masa untuk mereka. Kenapa penting sangat sembahyang itu?

Jadi di sini mari kita sama-sama ingat kembali apa yang pernah di ajar oleh guru kita semasa di sekolah dulu… Apabila kita berada di alam kubur (alam barzakh) perkara pertama yang akan di soal oleh Malaikat Munkar dan Nakir adalah solat…Apabila sempurna solatnya maka sempurnalah segala amalan yang lain…Jadi di sini kita dapat lihat betapa pentingnya solat tersebut…Kenapa sempurna solat maka sempurna yang lain? Sebabnya adalah didalam solat kita seolah-olah telah menunaikan 5 rukun Islam yang wajib kita tunaikan…

1. Didalam solat kita ada mengucapkan 2 khalimah syahadah didalam Tahiyyatul kita.
2. Sudah pasti apabila kita solat, kita telah melakukan rukun yang kedua.
3. Didalam solat juga kita tidak boleh makan dan disini kita telah berpuasa.
4. Kita sering menganggap masa itu adalah emas dan berharga didalam mengejar kesenangan di dunia. Jadi sekiranya kita dapat membahagikan sedikit masa untuk beribadah, iaitu solat maka disini kita telah menunaikan zakat. Kita telah zakatkan masa kita yang berharga kepada ALLAH..
5. Walau di mana berada sekali pun umat perlu menunaikan solat dengan menghadap ke Kiblat iaitu Kaabah (Makkah), begitulah juga bagi mereka yang pergi menunaikan haji. Jadi di sini pun kita secara tak langsung sama seperti orang yang menunaikan haji, yang berbezanya tidak berada di hadapan mata.

Maka dengan itu kita dapat lihat mengapa begitu besarnya dan wajibnya solat itu ke atas umat Islam. Namun ini tidak bermakna kita boleh meninggalkan 4 rukun yang lain, tidak sama sekali. Cuma Allah telah memberikan sedikit kelonggaran disitu, dimana bagi yang berkemampuan dan berkeupayaan. Sekiranya tidak berkeupayaan untuk berpuasa bagi atau ada keuzuran seperti bekerja didalam cuaca yang sgt panas, sakit atau sebagainya mereka diharuskan untuk berbuka. Bagi zakat pula bagi yang berkemampuan tidak wajib bagi mereka yang fakir miskin. Begitu juga haji wajib bagi yang berkemampuan. Namun tidak bagi solat, walau dalam apa keadaan sekali pun keadaan diri kita solat tetap wajib dilaksanakan walau pun dengan hanya menggerakkan anak mata sahaja sekali pun.

Allah juga telah member jaminan dalam surah Al-Mukminun ayat 1, 2 dan 9 Allah menjelaskan,
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45
“Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.”

Betapa Allah sentiasa mengingati setiap umatnya walau didalam apa keadaan sekalipun umatnya itu….

Tapi ingatkah kita kepada Allah………….
Renung-renungkanlah……………….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...