Monday, December 7, 2009

Break The Stone

Assalamulaikum...

Sebenarnya kita sentiasa di beri pilihan didalam melaksanakan sesuatu perkara di bumi Allah ini, tidak kiralah sama ada baik atau buruk. Maka terpulanglah kepada kita sebagai umatnya untuk membuat pilihan dengan tepat. Kadangkala kita sering berasa ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan, seperti ada halangan yang besar didalam diri kita dalam membuat keputusan. Kita tidak tahu mana pilihan yang tepat kerana hanya disisi Allah sahaja yang memiliki segala kunci bagi segala pintu (ilmu). Namun begitu Allah telah membekalkan kepada umatnya dengan panduan dalam membuat pilihan yang tepat, agar umatnya sentiasa berada dijalan yang benar dan di redhaiNya. Maka dengan itu terpulanglah kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi ini yang diutuskan oleh Allah untuk mengolah dan mengkaji panduan tersebut agar ianya dapat dimanfaatkan bersama semua umat manusia di muka bumi ini. Apakah panduan yang Allah bekalkan kepada kita? Itulah Al-Quran dan Hadith.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...