Monday, November 30, 2009

Peringatan

Assalamualikum...

Sejak dari zaman sekolah lagi kita sering dengar akan berlakunya kiamat yang pasti akan berlaku. Percaya pada hari kiamat merupakan salah satu dari 6 rukun iman yang wajib kita imani. Baru-baru ini kita telah disajikan dengan filem hasil garapan dari pengarah Roland Emmerich yang berjudul 2012. Filem ini dihasilkan berdasarkan kepada ramalan yang pernah dibuat oleh suku kaum Mayan iaitu kaum yang terkenal dengan kebijaksanaan mereka didalam ilmu matematik, fizik dan astronomi atau ilmu falak. 


 Didalam ramalan yang dilakukan oleh kaum ini pada tanggal 21-12-2012 maka akan berlaku kemusnahan yang besar akan berlaku di alam semesta ini yang mana pada ketika itu semua planet akan berada didalam keadaan selari dan kerana daya tarikan graviti yang kuat maka sistem alam semesta menjadi tidak menentu. Maka berlakulah kemusnahan besar yang mana bukan sahaja di bumi tetapi keatas semua planet-planet. 

Pihak NASA juga ada telah meramalkan bahawa akan berlaku perlanggaran sebuah pleanet yang tidak di kenali dengan bumi kita pada tahun tersebut. Tapi ini semua adalah hasil pemikiran dari orang-orang barat.

Kita sebagai umat Islam harus percaya dengan sepenuh hati bahawa hari kiamat itu pasti akan tiba. Tetapi Allah SWT tidak pernah memberitahu tarikh dan waktu berlakunya peristiwa tersebut. Namun begitu Allah telah memberikan kita panduan dan tanda-tanda akan datangnya hari tersebut agar kita sentiasa merpersiapkan diri kita. Di samping itu sebagai umat Islam kita dilarang mempercayai ramalan-ramalan kerana ianya merupakan sifat seorang yang kufur. Sebagai umat Islam kita telah dibekalkan dengan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan hidup kita di dunia ini maka janganlah sesekali kita mempercayai ramalan atau yang sehubung dengannya.

Barangsiapa yang mendatangi seorang peramal [termasuk tukang ramal lewat tangan, membaca kartu tarot dll] lalu mempercayai apa yang dia ramalkan, maka ia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam .
(HR. Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...