Tuesday, April 28, 2009

Dunia Kita

Dunia kita sekarang ini telah mejelajahi begitu banyak zaman, dari zaman batu ke zaman ais dan ke beberapa zaman lagi yang terdahulu. Kitaran hidup manusia jika kita lihat adalah seperti roda, begitu juga dunia kita kita ini. Secara tidak sedar kita sebenarnya telah kembali semula ke zaman batu, namun yang membezakan hanyalah kita sekarang ini berada di zaman batu moden. Adakah perubahan zaman sekarang ini sejajar atau selari dengan perubahan pada diri kita iaitu umat manusia.




Jika dilihat pada zaman dahulu, mereka yang lemah atau kaum-kaum yang lemah akan dikuasai oleh kaum-kaum yang lebih kuat dan berkuasa. Negara-negara yang kecil pula akan dijajahi oleh negara-negara yang lebih besar dan lebih berkuasa. Itulah yang kita pelajari waktu kita dibangku sekolah dahulu dan perkara ini masih lagi berterusan pada zaman sekarang ini. Cuma dasar yang digunakan bukanlah seperti dahulu iaitu menjajah, tetapi dasar yang digunakan sekarang ini adalah bagi memerangi pengganas atau keganasan. Jadi jika dilihat dengan mata kasar atau secara tidak langsung sebenarnya zaman sememangnya berubah, kemajuan dan perubahan telah banyak berlaku, tetapi adakah pemikiran kita turut berubah? Apa bezanya antara sejarah yang terdahulu dengan sekarang? Kalau dahulu berperang, sekarang ini kita masih lagi terdengar peperangan di sana sini walaupun bukan di tanah air kita, jadi dimana perubahannya. Perubahan atau perbezaannya hanyalah pada teknologi yang kita gunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...