Sudah terlalu lama rasanya saya tak kemaskini blog saya ni, hampir 2 bulan kalau tak silap saya. Sepanjang sebulan lebih ni sudah bermacam-macam peristiwa yang berlaku. Ada yang manis dan ada juga yang menyedihkan juga. Itu semua sudah lumrah kehidupan, ada kalanya kita bergembira dan ada masanya pula kita berduga. Setiap kejadian dan perkara yang berlaku di dunia ini Allah hadirkan dengan pasangan. Ada lelaki dan perempuan, ada jantan dan betina, ada suka duka dan ada baik dan juga buruk. Setiap yang berlaku tu ada kebaikan dan rahmat yang kita tidak tahu dan mungkin kadang kala kita sendiri tidak sedari.
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Thursday, April 26, 2012
Tuesday, February 28, 2012
‘UNCLE’ Nyaris Pesong Akidah
Batu Pahat – Masalah kewangan yang sering melanda di kalangan ibu tunggal di jadikan satu peluang pihak tertentu berusaha untuk memesongkan akidah mereka dengan menawarkan bantuan sehingga mencecah RM 1000 sebulan.
Kegiatan tersebut telah didedahkan oleh seorang ibu tunggal yang nyaris menjadi mangsa seorang lelaki yang hanya di kenali sebagai ‘UNCLE’. Lelaki tersebut terlalu beriya-iya mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa, namun di sabalik bantuan tersebut seperti ada agenda tersembuyi.
Thursday, February 23, 2012
Langkah Al-Quran Dapatkan Keluarga
| Keratan Akbar :hmetro |
Kuching – Seorang saudara baru yang seharusnya di bimbing mengikut jalan yang benar tetapi berlaku sebaliknya. Tidak sanggup dengan amalan pelik yang di lakukan oleh keluarga mentua yang memaksa beliau melangkah al-quran, seorang saudara baru telah membuat satu aduan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan membuat laporan polis.
Wednesday, February 8, 2012
Saya Balik Kampung
Cuti panjang yang lalu
sememangnya peluang yang tidak boleh saya lepaskan untuk saya pulang ke
kampung. Mana tidaknya, cuti tahun baru cina yang lalu saya tidak pulang kerana
demam dan batuk. Mungkin sebab faktor cuaca sekarang yang tidak menentu barang kali.
Seperti
biasa seawal 6.30 pagi saya telah bertolak dari rumah, kerana saya menaiki bas ekspress
paling awal sekali, iaitu 8.00 pagi. Perjalanan dari Terminal Larkin Sentral ke
Terminal Bas Segamat mengambil masa 2 jam setengah atau 3 jam, bergantung
kepada keadaan lalulintas. Oleh kerana bangun awal pagi, maka sepanjang
perjalanan merupakan peluang untuk saya melelapkan mata. Dari bandar Segamat
biasanya saya perlu menaiki bas untuk sampai ke pekan Jementah. Tetapi kali ini
nasib saya baik kerana kakak saya dan anak saudara saya datang menjemput di Terminal
Bas Segamat, jadi tak perlulah saya menaiki bas.
Perjalanan dari terminal bas
Segamat ke pekan Jementah mengambil masa setengah jam atau kadang kala 45
minit. Dari pekan saya mengambil motor dari rumah kakak saya untuk masuk ke kampong.
Perjalanan mengambil masa lagi 15 minit untuk sampai ke kampong saya. Setelah
selama hampir 5 jam perjalanan maka akhirnya sampailah saya ke kampung halaman
saya…Kampung Bukit Keledang…..
Tidak
ramai yang tahu kampung saya ni, sebab kampung saya boleh di katakan kawasan
pedalaman juga sebenarnya. Tetapi kemudahan asas semuanya telah lengkap
sekarang tidak la seperti zaman saya kanak-kanak dahulu. Kalau dahulu jalan
masih lagi tanah merah, bekalan elektrik dan air pun tidak ada jauh sekali
talian telefon. Kalau dahulu bekalan air kami perolehi dari tadahan air hujan
atau pun dari mata air atau pun perigi. Untuk menonton televisyen biasanya kami
akan menggunakan bateri kereta atau pun bagi yang berkemampuan ada la
jenerator.
Monday, October 11, 2010
KENAPA
Assalamualaikum......
Rasanya dah lama sangat saya tak kemaskini blog ini...Kadang-kadang saya pun tak pasti kenapa agaknya saya tak kemaskini blog ni...Mungkin kalau nak jadikan alasan tiada masa atau pun tak de idea apa yang nak di letak...Tapi rasanya yang lebih tepat lagi tidak ada idea sebenarnya....Kenapa?
Kenapa..kenapa...kenapa....Kadang-kadang perkataan "KENAPA" boleh merungkaikan seribu satu persoalan...Tapi kadang-kadang perkataan "KENAPA" ni juga boleh menyebabkan orang lain naik angin...Kenapa?

Monday, December 7, 2009
Break The Stone
Assalamulaikum...
Sebenarnya kita sentiasa di beri pilihan didalam melaksanakan sesuatu perkara di bumi Allah ini, tidak kiralah sama ada baik atau buruk. Maka terpulanglah kepada kita sebagai umatnya untuk membuat pilihan dengan tepat. Kadangkala kita sering berasa ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan, seperti ada halangan yang besar didalam diri kita dalam membuat keputusan. Kita tidak tahu mana pilihan yang tepat kerana hanya disisi Allah sahaja yang memiliki segala kunci bagi segala pintu (ilmu). Namun begitu Allah telah membekalkan kepada umatnya dengan panduan dalam membuat pilihan yang tepat, agar umatnya sentiasa berada dijalan yang benar dan di redhaiNya. Maka dengan itu terpulanglah kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi ini yang diutuskan oleh Allah untuk mengolah dan mengkaji panduan tersebut agar ianya dapat dimanfaatkan bersama semua umat manusia di muka bumi ini. Apakah panduan yang Allah bekalkan kepada kita? Itulah Al-Quran dan Hadith.

Tuesday, April 28, 2009
Dunia Kita
Dunia kita sekarang ini telah mejelajahi begitu banyak zaman, dari zaman batu ke zaman ais dan ke beberapa zaman lagi yang terdahulu. Kitaran hidup manusia jika kita lihat adalah seperti roda, begitu juga dunia kita kita ini. Secara tidak sedar kita sebenarnya telah kembali semula ke zaman batu, namun yang membezakan hanyalah kita sekarang ini berada di zaman batu moden. Adakah perubahan zaman sekarang ini sejajar atau selari dengan perubahan pada diri kita iaitu umat manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)