Tuesday, February 28, 2012

‘UNCLE’ Nyaris Pesong Akidah

Batu Pahat – Masalah kewangan yang sering melanda di kalangan ibu tunggal di jadikan satu peluang pihak tertentu berusaha untuk memesongkan akidah mereka dengan menawarkan bantuan sehingga mencecah RM 1000 sebulan.

Kegiatan tersebut telah didedahkan oleh seorang ibu tunggal yang nyaris menjadi mangsa seorang lelaki yang hanya di kenali sebagai ‘UNCLE’. Lelaki tersebut terlalu beriya-iya mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa, namun di sabalik bantuan tersebut seperti ada agenda tersembuyi.

 

Menurut mangsa yang mempunyai 4 orang anak yang berusia 8,10,12 dan 16 tahun telah berpisah dengan suaminya sejak dari 2 tahun yang lalu. Pada awal perkenalan dengan lelaki yang sentiasa berpakaian kemas itu, dia hanya banyak bertanyakan hal-hal kebajikan beliau dan anak-anak. Bagaimana pun setelah mengetahui mangsa kesempitan wang, lelaki berkenaan menawarkan bantuan kewangan dengan syarat mangsa perlu menukar agama. 

Terkejut dengan perkara itu, mangsa dengan baik telah menolak tawaran tersebut. Namun lelaki berkenaan tidak berputus asa dan terus memujuk dan menghantar SMS kepada mangsa. Apa yang di kesali oleh mangsa adalah, saudara lelakinya menjadi pengikut setia dan aktif melakukan aktiviti ‘UNCLE’ mengahasut dengan menjadikan golongan remaja berusia awal 20-an sebagai ejen untuk menyebarkan kabaikan dan kebajikan mereka. Pihak tersebut menyasarkan golongan ibu tunggal dan mereka yang kesempitan hidup dan mengalami masalah kewangan.

Berbagai cara yang di gunakan oleh pihak tertentu yang berusaha untuk memesongkan akidah umat-umat Islam terutama golongan muda yang mudah terpengaruh. Seharusnya kita perlu berhati-hati dan sentiasa peka terhadap segala taktik yang sentiasa di gunakan oleh pihak terbabit. Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang di tawarkan oleh mereka. Sekiranya menghadapi masalah cubalah berhubung dengan mereka yang boleh di percayai dan segera laporkan segala tindakan yang meragukan oleh pihak-pihak tersebut.

Sebagai umat Islam juga kita juga perlulah saling bantu-membantu antara satu sama lain. Sekiranya kita bersatu Insha Allah segala agenda pihak-pihak yang cuba meruntuhkan agama Islam dan memesongkan akidah kita pasti tidak mempunyai ruang untuk menyerang.

Sumber berita dari:
  1. Harian Metro – Selasa 28 Februari 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...