Thursday, February 23, 2012

Langkah Al-Quran Dapatkan Keluarga


Keratan akhbar
Keratan Akbar :hmetro

Kuching – Seorang saudara baru yang seharusnya di bimbing mengikut jalan yang benar tetapi berlaku sebaliknya. Tidak sanggup dengan amalan pelik yang di lakukan oleh keluarga mentua yang memaksa beliau melangkah al-quran, seorang saudara baru telah membuat satu aduan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan membuat laporan polis.



Mohd Ikhmal Hakimie Abdullah,32, sebelum itu sudah melakukan amalan melangkah al-Quran sebanyak tujuh kali di hadapan pintu rumah mentuanya yang beragama Islam. Amalan itu dilakukan sekiranya beliau mahu mendapatkan kembali isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan jaya, termasuk seorang daripadanya berbangsa cina.

Syarat pelik yang di amalkan oleh keluarga mentuanya itu di lakukan bagi membuktikan beliau tidak mengamalkan ilmu sihir. Apa yang begitu mengecewakan di sini adalah, seorang saudara baru yang sepatutnya di bimbing telah di paksa pula melakukan perkara yang mungkar dan si pelakunya pula adalah seorang yang beragama Islam. Kejadian sebegini seharusnya di pandang serius dan tindakan segera perlulah di ambil. Yang lebih meyedihkan kajadian ini juga turut di saksikan oleh mereka yang beragama lain.

Al-Quran yang wajib kita junjung dan sanjung telah di letakkan oleh si pelaku di tempat yang tidak sepatutnya. Semoga Allah memberi pedoman kepada meraka dan melindungi kita semua.

Sumber diperolehi :
  1. Harian Metro Online -  http://www.hmetro.com.my/articles/Mentuapaksalangkahal-Quran/Article

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...