Tuesday, February 14, 2012

Kisah dan Teladan - Katak dan Lipan


Didalam sebuah sungai tinggallah seekor katak dengan aman dan damai. Mereka saling bantu-membantu dan saling ingat-mengingatkan. Mereka seringkali di ingatkan  supaya berhati-hati terhadap musuh-musuh mereka seperti ular, kala jengking, lipan dan haiwan-haiwan yang menyengat.

“Kita adalah haiwan yang lemah. Kita tidak mempunyai senjata untuk melawan musuh seperti haiwan lain. Dan, nasib kita agak malang kerana kita ini makanan istimewa untuk ular. Ingatlah kawan-kawan, ular sentiasa datang dan pergidi sungai ini. Mereka menunggu kita lepa dan lalai. Bila kita lalai, mereka akan memakan kita. Jangan sekali-kali lalai dan leka. Lalai bermakna mati.”

Oleh kerana sudah kerap kali mendengar pesanan itu, mereka hanya selamba sahaja dan bersikap acuh tak acuh dengan pesanan itu. Sememangnya mereka sudah tahu sejak dari dahulu lagi ular merupakan musuh utama mereka. Mereka juga sudah biasa dan lali. Bukan itu saja, mereka juga sudah biasa melhat bagaimana rakan-rakan mereka mati di telan ular.

Katak-katak disitu lebih berbangga kerana mereka merupakan haiwan yang istimewa – boleh di darat dan juga didalam air. Mereka juga berbangga kerana mereka diperlukan oleh manusia – bila terdengar bunyi katak bersahut-sahutan, selalunya manusia akan berkata, “Oh… Nak hujan.”

Tanpa mereka sedari di daratan tidak jauh dari sungai itu, seekor lipan sedang mencari akal untuk menyeberang sungai. Sudah puas dia mencari-cari ranting boleh dijadikan lintasan untuk menyeberangi sungai itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu.



Monday, February 13, 2012

Isu Murtad

Kes murtad bukanlah satu perkara yang asing atau baru di Negara kita. Malah ada diantara mereka yang murtad telah kembali ke pangkal jalan dan tidak kurang juga ada di antaranya yang masih lagi hanyut.
Murtad dari segi bahasa membawa maksud kembali atau berbalik. Namun didalam Islam murtad membawa erti mereka yang telah keluar dari agama Islam dan menjadi kafir. Keluar dari agama Islam atau murtad ini hanya cukup dengan tidak mengakui salah satu hukum-hukum Islam yang sedia ada. Maka akan terhapuslah segala amalan yang dikerjakannya sebelum dia murtad. Ini adalah seperti yang di nyatakan oleh Allah S.W.T melalui fitmanNya surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari segi agamanya lalu dia mati sedang dia dalam kafir maka telah habislah amalannya di dunia dan di akhirat. Dan orang seperti itulah yang akan mengisi neraka dan kekal di dalamnya.”

Kes-kes murtad semakin lama semakin ramai dan ada diantara meraka yang secara terang memohon dari Majlis Agama Islam untuk keluar dari agama Islam.  Menurut laporan yang diperolehi dari MalaysiaKini, mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mengikut kiraan sebanyak 686 permohonan murtad telah direkodkan dan sebanyak 135 orang telah diluluskan permohonannya. Angka ini adalah berdasarkan rekod yang memohon untuk keluar dari agama Islam, tetapi berkemungkinan besar ada juga diantara mereka yang tidak memohon di Majlis Agama Islam untuk keluar dari agama Islam. Tidak mustahil juga kalau di katakan angkanya mungkin melebihi dari apa yang kita tahu.

Banyak kes murtad yang telah dilaporkan,d i antara kes yang paling hangat diperkatakan tidak lama dahulu adalah kes Lina Joy. Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani memohon untuk membuang perkataan Islam daripada kad pengenalan diri. Menurutnya, beliau tidak pernah memperaktikan Islam sejak dari lahir lagi dan beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 serta berhasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. 

Wednesday, February 8, 2012

Saya Balik Kampung

Cuti panjang yang lalu sememangnya peluang yang tidak boleh saya lepaskan untuk saya pulang ke kampung. Mana tidaknya, cuti tahun baru cina yang lalu saya tidak pulang kerana demam dan batuk. Mungkin sebab faktor cuaca sekarang yang tidak menentu barang kali.

Seperti biasa seawal 6.30 pagi saya telah bertolak dari rumah, kerana saya menaiki bas ekspress paling awal sekali, iaitu 8.00 pagi. Perjalanan dari Terminal Larkin Sentral ke Terminal Bas Segamat mengambil masa 2 jam setengah atau 3 jam, bergantung kepada keadaan lalulintas. Oleh kerana bangun awal pagi, maka sepanjang perjalanan merupakan peluang untuk saya melelapkan mata. Dari bandar Segamat biasanya saya perlu menaiki bas untuk sampai ke pekan Jementah. Tetapi kali ini nasib saya baik kerana kakak saya dan anak saudara saya datang menjemput di Terminal Bas Segamat, jadi tak perlulah saya menaiki bas.
Perjalanan dari terminal bas Segamat ke pekan Jementah mengambil masa setengah jam atau kadang kala 45 minit. Dari pekan saya mengambil motor dari rumah kakak saya untuk masuk ke kampong. Perjalanan mengambil masa lagi 15 minit untuk sampai ke kampong saya. Setelah selama hampir 5 jam perjalanan maka akhirnya sampailah saya ke kampung halaman saya…Kampung Bukit Keledang…..

Tidak ramai yang tahu kampung saya ni, sebab kampung saya boleh di katakan kawasan pedalaman juga sebenarnya. Tetapi kemudahan asas semuanya telah lengkap sekarang tidak la seperti zaman saya kanak-kanak dahulu. Kalau dahulu jalan masih lagi tanah merah, bekalan elektrik dan air pun tidak ada jauh sekali talian telefon. Kalau dahulu bekalan air kami perolehi dari tadahan air hujan atau pun dari mata air atau pun perigi. Untuk menonton televisyen biasanya kami akan menggunakan bateri kereta atau pun bagi yang berkemampuan ada la jenerator.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...