BERITA 1 Maut pertahan maruah adik ![]() http://www.hmetro.com.my/articles/Mautdipangkuanibu/Article KLUANG: Seorang pemuda meninggal dunia setelah lehernya di kelar oleh rakannya yang disyaki cuba memperkosa adiknya. Difahamkan, dalam kejadian jam 8.3o malam itu, mangsa Nurul Aiman Mohamed Ishak 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang di syaki cuba di perkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya di kelar dengan objek tajam. ![]() BERITA 2 Maut dibidik bertalu-talu.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautdibidikbertalu-talu/Article/index_html MANJUNG: Akibat gagal melunaskan pinjaman ceti haram, seorang lelaki maut akibat di tembak bertalu-talu dari jarak dekat hingga menembusi dahi, dada dan paha mangsa. Di dalam kejaadian yang berlaku pada jam 11.30 malam itu, mangsa juga turut ditetak dua suspek tidak di kenali di hadapan rumahnya. BERITA 3 Ditikam bapa sendiri.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ditikambapasendiri/Article/index_html ![]() Keratan berita dari Harian Metro Selasa 22 Mei 2012 |
Di atas adalah antara sebahagian keratan akhbar yang di laporkan di dalam akhbar Harian Metro hari ini. Dalam sehari lebih dari satu berita yang melaporkan berkenaan dengan kes bunuh, gaduh dan seangkatan denganya.
Seperti sudah tidak ada keatakutan di dalam diri orang zaman sekarang ini untuk membunuh orang lain. Di manakah nilai perikemanusiaan di dalam diri mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan. Apa yang lebih tragis adalah seorang bapa yang sanggup menikam anaknya sendiri seperti yang di laporkan di dalam akbar Harian Metro di atas.
Tidak ada agama yang mahu umatnya melakukan kezaliman, bukan sahaja pada orang lain bahkan pada diri sendiri juga. Di dalam Agama Islam, Allah SWT melarang sama sekali umatnya dari melakukan sebarang kezaliman bukan sahaja pada orang lain malah pada diri sendiri juga dan juga pada setiap hidupan yang ada di alam ini. Dari kisah Abu Dzar Al-Ghifari dari Rasulullah SAW sebagaimana ia mendapat wahyu dari Allah bahwa Allah berfirman:
"Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) di antara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim.”.
No comments:
Post a Comment