Wednesday, February 16, 2011

Satu Perjalanan Sejuta Amalan

Kemanakah arah tuju hidup kita didunia ini? Seperti yang kita semua sedia maklum yang hidup kita di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal abadi hanyalah diakhirat kelak. Hidup kita umpama perjalanan yang teramat jauh dan kadangkala boleh juga menjadi terlalu singkat. Tidak kira jauh atau dekat kita sebagai manusia perlulah sentiasa bersiap sediakan diri kita dengan bekalan yang secukupnya.

Sekiranya kita mahu pergi ke satu destinasi yang jauh sudah pasti banyak bekalan yang kita akan bawa, seperti makanan, minuman dan pakaian yang mencukupi. Namun apa sahaja boleh berlaku di pertengahan perjalanan tersebut yang tidak sendiri tidak akan menyangka akan berlaku. Sekiranya bekalan yang ada mencukupi pasti kita akan dapat menghadapi dengan mudah. Tetapi sekiranya bekalan yang ada tidak mencukupi kita akan cuba berusaha untuk mendapatkan bekalan di bagi mengatasi masalah yang kita hadapi. Sebagai contoh tiba-tiba kereta yang kita gunakan rosak di tengah perjalanan, pasti kita akan berusaha untuk mencari bengkel bagi menyelenggara kereta kita. Atau bekalan minuman atau makanan yang kita bawa kehabisan, sudah pasti kita akan mencari kedai untuk membelinya. Semuanya adalah atas usaha kita untuk sampai ke destinasi yang kita tuju dengan selamat dan selesa.


Wednesday, October 27, 2010

Iman

Iman...Antara aspek yang paling utama didalam diri kita sebagai umat Islam. Kekuatan iman didalam diri setiap umat Islam menjaminkan kebahagian bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Apa itu iman dan mengapa ianya begitu penting didalam diri kita...

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.




Tuesday, October 19, 2010

Ilmu

"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Ilmu adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab Alima yang memebawa erti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Dari segi istilah pula ilmu ialah pemahaman berkenaan sesuatu subjek atau objek yang dihadapi melalui himpunan pengetahuan manusia berkenaan dengan perkara tersebut. Ianya melalui proses pengajian, pemahaman dan pengalaman manusia berkenaan dengan sesuatu perkara dan ianya juga dapat diterima oleh akal fikiran manusia. Namun di dalam Islam ilmu memberi erti segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memilki aspek lahiriah dan batiniah.
Perkataan ilmu sering kali dikaitkan atau senonim dengan perkataan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai maksud yang sama walaupun berbeza dari segi penggunaannya. Perkataaan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...